BTC USD 48,729.0 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembangkang mahu terus hasut

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SHAH ALAM: Pemimpin pakatan pembangkang semalam berikrar akan terus menghasut rakyat membenci Kerajaan Pusat sehingga impian untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) tercapai.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syamsul Iskandar Md Akin mengakui tindakan polis menahan dua pemimpin AMK kerana mengedar risalah berunsur hasutan di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini kelmarin selaras peruntukan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Ini kerana, katanya, tindakan itu memang bertujuan menghasut dan ia adalah usaha berterusan pakatan pembangkang untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya umum Ke-13.

"Kita (pakatan pembangkang) memang mahu menghasut rakyat membenci kerajaan hingga kerajaan baru tertegak di Putrajaya," katanya ketika membahaskan Dasar Pakatan Rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini semalam.

Kelmarin, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalannya, Azizi Ahamad ditahan polis kerana didakwa mengedar risalah berunsur hasutan. Difahamkan, risalah mengandungi desakan kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur agar menyegerakan prosiding kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga antara lain mempertikaikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom mengenai status aduan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari yang didakwa AMK sebagai tidak menghormati Mahkamah Syariah.

Sementara itu, Khairul Anuar turut menyarankan pimpinan pakatan meneliti keperluan meletakkan lebih ramai calon pilihan raya di kalangan golongan muda bagi mengelak kejadian wakil rakyat pakatan pembangkang melompat parti.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register