eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang bekas penghantar surat Hospital Pakar Ampang Puteri membela diri atas 17 pertuduhan menggunakan invois darah palsu untuk membuat bayaran di Pusat Darah Negara (PDN).
Hakim Mohd. Zaki Ab. Wahab memerintahkan demikian terhadap N. David Santhakumar, 41, setelah memutuskan terdapat bukti bahawa invois-invois tersebut adalah palsu selepas beliau meneliti keterangan 14 saksi pendakwaan.
''Daripada keterangan saksi-saksi juga, didapati tertuduh menggunakan invois-invois tersebut untuk membuat bayaran di Kaunter Bayaran Pusat Darah Negara.
''Oleh yang demikian, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan tertuduh diperintahkan membela diri,'' katanya.
Mahkamah menetapkan 2 Oktober ini untuk tertuduh yang kini bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat mula memberi keterangan bela diri.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil dan Noor Asma Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Rabindran Devadason.
Pada 22 Ogos 2005, tertuduh didakwa atas 271 pertuduhan membabitkan pemalsuan dan penipuan invois pembelian darah dari PDN bernilai kira-kira RM90,000.
Bagaimanapun, pada 26 Ogos lalu, hakim yang sama membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepaskan tanpa membebaskan tertuduh daripada 254 pertuduhan.
Permohonan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak pendakwaan menumpukan perbicaraan terhadap 17 pertuduhan terlebih dahulu.
Bagi 17 pertuduhan tersebut, dia didakwa melakukan perbuatan itu di antara 8 Januari 2003 dan 13 Februari 2003 di Kaunter Bayaran PDN, Jalan Tun Razak di sini.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun yang sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.