BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu teksi berdaftar mengeluh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


BANTING - "Kami memang dah biasa tunggu penumpang... tapi sampai bila nak begini?" kata seorang pemandu teksi V Raja, 40, yang mengeluh kerana masih berlaku kekeliruan di kalangan penumpang sekali gus menjejaskan pendapatan pemandu teksi berdaftar sepertinya semenjak perhentian teksi berpindah ke kawasan baharu yang disewa di sebuah tapak milik swasta.

Dia yang ditemui di Perhentian Teksi Banting, semalam berkata, pemandu teksi masih belum dapat memperoleh pendapatan yang menguntungkan jika dibandingkan dengan perhentian lama.

"Persatuan terpaksa bayar sewa, tapi itu tak bermakna pemandu teksi dapat untung lebih berbanding keuntungan yang mampu kami peroleh semasa di kawasan lama," katanya.

Menurutnya, semenjak perkhidmatan teksi berdaftar dipindahkan ke tempat baharu, masih ada pelanggan yang datang ke perhentian bas asal terpaksa menunggu lama.

"Contohnya hari ini, saya terpaksa menunggu penumpang selama dua jam sejak jam 9 pagi tadi. Sampailah jam 12 tengah hari nanti belum tentu saya dapat pelanggan.

"Macam mana pemandu teksi yang berdaftar macam kami ni nak jana pendapatan lumayan, sedangkan pemandu teksi luar ambil kesempatan dengan mengambil penumpang kami," katanya.

Seorang lagi pemandu teksi Miswan Bibit, 53, berkata, sehingga kini dia hanya mendapat pendapatan sekitar RM50 hingga RM60 sehari. Itu pun, sekiranya benar-benar ramai pelanggan.

"Itu kalau ada pelanggan. Kalau tak... satu sen pun saya tak dapat dalam sehari jika tak ada tempahan panggilan daripada penumpang yang mahu mendapatkan perkhidmatan teksi dari rumah dan sebagainya.

"Itulah pendapatan tambahan yang boleh kami harapkan berbanding menunggu di hentian hampir dua jam tiada penumpang.

"Saya harap pelbagai promosi dapat dilakukan dengan war-war pengangkutan awam di Kuala Langat," katanya.

Seorang warga emas, Abdul Ghani Abdullah, 63, berkata, dia yang membawa teksi ke Sungai Buaya sedih apabila terpaksa menunggu lebih tiga jam sehari untuk mendapatkan penumpang.

Katanya, walaupun kebanyakan pengguna sudah mempunyai kenderaan masing-masing ia bukanlah penyebab utama pemandu teksi berdaftar sukar mendapatkan pelanggan, kerana masih ada pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi.

"Tapi, macam mana perkhidmatan kami sebagai pemandu teksi berdaftar ni nak cari makan kalau kewujudan kenderaan sapu yang mula mencari penumpang di kawasan kampung tidak di atasi.

"Apa yang pakcik harapkan adalah supaya beri kelonggaran kepada pemandu teksi berdaftar menunggu penumpang di lokasi baharu dan lama.

"Sementara itu, pihak yang bertanggungjawab perlu bertindak mencari jalan meningkatkan promosi di daerah ini. Jika tidak sistem pengangkutan awam di sini terus tenggelam dan tidak aktif," katanya.
 
Apa yang pakcik harapkan adalah supaya beri kelonggaran kepada pemandu teksi berdaftar menunggu penumpang di lokasi baharu dan lama.

Kalau betul masalah boleh benarkan. Tetapi ni mesti sebab lokasi lama menyebabkan lalulintas sesak.

Penguatkuasa pun kenalah jaga lokasi lama, tangkap dan saman semua teksi sapu. Jangan sampai jadi macam kes di ktm komuter Kajang. Teksi sapu kena belasah dengan geng teksi berdaftar.
 
ada dua isulah kiranya... lokasi dan kereta sapu.
 
Back
Top
Log in Register