balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Keadaan Perodua Viva yang remuk di bahagian depan selepas bertembung dengan Proton Iswara di Ibok, pagi semalam.
< 1 / 2 >
IBOK - Seorang warga emas maut selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki bersama isteri bertembung dengan sebuah Proton Iswara dalam kemalangan di satu selekoh di Kilometer 6.5 Jalan Ibok – Payoh, dekat sini, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.
Perlanggaran secara berdepan itu menyebabkan pemandu kedua-dua kenderaan tersepit kira-kira 15 minit di tempat duduk masing-masing sebelum dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai yang bergegas ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, pemandu Perodua Viva, Alias Abdullah, 71, yang mengalami kecederaan pada bahagian dada meninggal dunia di Hospital Kemaman pada jam 1.10 petang selepas kira-kira enam jam bertarung nyawa.
Pemandu Proton Iswara berusia 22 tahun, turut mengalami kecederaan parah apabila patah kaki kanan mendapat rawatan di Hospital Kemaman.
Ketika kejadian, mangsa dan isterinya, Limah Ngah, 56, dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Bukit Teruna, Kijal untuk ke bandar Chukai, manakala pemandu Proton Iswara yang bekerja swasta dan tinggal di Kampung Baru Kemasik dari arah Mak Chili menghala ke Ibok.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat Proton Iswara masuk ke laluan bertentangan.
“Akibatnya berlaku perlanggaran secara bertentangan menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kenderaan remuk dan pemandu masing-masing tersepit di tempat duduk pemandu. Lokasi kemalangan berselekoh dan basah.
“Pemandu Perodua Viva meninggal dunia semasa dirawat sementara isterinya hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Che Suza berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Nor Hisham Ibrahim berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dan meraung meminta tolong.
“Kita ambil masa kira-kira 15 minit untuk keluarkan kedua-dua mangsa sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Kemaman dengan menggunakan ambulans bomba dan ambulans hospital,” katanya.
Menurutnya, kerja-kerja mengeluarkan mangsa melibatkan kekuatan lapan pegawai dan anggota serta sebuah jentera bomba.