BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu bas Kelantan mogok

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KOTA BHARU - Beribu-ribu pengguna pengangkutan bas henti-henti di negeri ini terkandas lebih enam jam selepas kira-kira 100 pemandu bas Cityliner Kelantan Berhad mengadakan mogok semalam.

Mogok tersebut diadakan sebagai tanda bantahan mereka ekoran kegagalan pihak pengurusan memperjelas sebab-sebab gaji mereka dipotong sebanyak RM100 sebulan sejak tiga bulan lalu.

Wakil pemandu terbabit, Zulkifli Ismail berkata, pihak pengurusan juga dikatakan tidak mengeluarkan slip gaji sejak Julai lalu.

Berikutan itu, menurutnya, pemandu-pemandu bas syarikat itu menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan mengambil tindakan mengadakan mogok sebagai tanda bantahan.

"Tindakan itu telah menimbulkan keraguan pemandu, kita ingin tahu kenapa gaji kami dipotong sebanyak RM100 sebulan tanpa diperjelaskan alasannya.

"Kami hanya mahukan penjelasan mengapa pihak pengurusan berbuat demikian kerana ia pastinya merosakkan periuk nasi kami," katanya ketika ditemui semalam.

Kosmo! juga difahamkan mogok di semua stesen bas di Kelantan bermula antara pukul 6 pagi dan berakhir kira-kira 12.30 tengah hari.

Mogok tersebut menyaksikan para pemandu tidak menjalankan tugas masing-masing selepas keluar dari depot bas syarikat terbabit yang terletak di Kubang Kerian.
 
buat gapo ni be..sian ore nok g peke..hehe
 
patutla pakcik aku tnggu bus dekat sejam x sampai2...
 
kat kelantan,perkhidmatan bas sangat penting

bukan setakat susah nak pergi kerja, nak pergi sekolah pun susah
 
kat kelantan,perkhidmatan bas sangat penting

bukan setakat susah nak pergi kerja, nak pergi sekolah pun susah

aku dgr orang kelantan kaya2 sembang tak ingat kat dlm cg ni.. takkan naik bus kut:)):))
 
Cityliner tu hancuss sejak SKMK diamik alih NadiCorp (tokey dia Dato Nazmi Salleh - Ore Kelate jugok)....
Kalau tgk turutan sejak beliau amik alih Transnasioanl (dlm tu termasuk SKMK ler), mcm2 dia buat kat staff lama.....nak potong gaji, medical dikurangkan, gantikan supplier melayu kpd bangsa lain dan mcm2 karenah lagi....
Dulu aku agungkan juga si Nazmi nih as Kelantenese leerr....now dah tak respek lagi kat diaa......Aku leh kategorikan dia nihh antara yg merosakkan org melayu.....
Dulu masa amik alih SKMK, asetnya dan cash cukup besar......now semua bas dalam negeri kelantan kebanyakan sudah lama dan bas stok negeri lain pulak dilambakkan di negeri kelantan....tanah2 kepunyaan SKMK dulu beliau cagarkn kat bank dan ada setengahnya tunggu masa untuk dilelong....bila kena lelong bukan org lain yg beli nanti, proksi yg dia lantik gakk akan beli....
 
kesian ke set2 drebar bah nih...
 
Back
Top
Log in Register