BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemancing maut khemah dihempap pokok

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Jertih: Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala rakannya cedera apabila khemah mereka berlindung ketika hujan renyai ditimpa sebatang pokok di dalam Hutan Simpan Pelawat dekat Kampung Lak Lok, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 12.45 tengah hari itu, Nasir Mamat meninggal dunia di tempat kejadian apabila sebatang pokok mati tumbang dan menghempap khemah berkenaan ketika mangsa bersama dua rakannya berada di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa pergi ke hutan itu bersama dua rakannya yang berasal dari Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan pada jam 11 pagi Selasa lalu untuk memancing ikan.

Menurutnya, seorang lagi mangsa yang cedera ialah Tengku Faisal Tengku Mahmud, 26, manakala seorang lagi rakan mereka Mohd Amirul Mukmin, 20-an, tidak cedera.

"Meskipun cedera, Tengku Faisal menggagahkan diri bersama Mohd Amirul berjalan kaki lebih dua jam untuk mendapatkan bantuan sebelum dapat menghubungi saudara mereka di Pasir Puteh dan membuat laporan di Balai Polis Jertih,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berjalan kaki masuk ke lokasi kejadian.

"Usaha membawa keluar mangsa agak sulit dan mencabar kerana cuaca hujan menyebabkan paras air sungai tinggi dan keadaan tanah yang licin.

“Sehingga jam 9 malam ini, mayat mangsa masih belum dapat dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dari kawasan kejadian," katanya.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemancingmatiditimpapokokhutan/Article/index_html
 
takziah. moga cepat dapat kuakan mayat tu
 
takziah...

slalu mancing kolam jala
 
Back
Top
Log in Register