BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Man United Pemain ManU nyaris terbakar

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
du_01.1.jpg

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan Anderson bersama kereta Audi R8.

-----------------------------------------------------------------
LISBON, Portugal - Pemain tengah kelab bola sepak Manchester United (MU), Anderson Luis de Abreu Oliveira ditarik keluar oleh beberapa orang daripada kereta Audi R8 miliknya dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dia terlibat dalam satu kemalangan serius di Portugal sebelum kereta itu terbakar, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemalangan yang melibatkan kereta berharga AS$198,332 (RM627,125) itu berlaku pada Sabtu lalu pada pukul 7 pagi waktu tempatan selepas Anderson menghabiskan waktu malam dengan berparti di sebuah kelab malam di Braga.

Anderson yang berasal dari Brazil itu dipercayai bersama dua orang rakannya apabila kemalangan tersebut berlaku. Kereta yang dipandu oleh rakan lelakinya terbabas dari jalan sebelum melayang setinggi 30.48 meter dan terjatuh di atas sebuah padang.

Beberapa saksi menyatakan Anderson sangat terhutang budi kepada mereka yang telah menyelamatkan nyawanya.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya dihantar ke hospital St Mark dan dibenarkan pulang lewat pagi selepas mendapat rawatan.

"Mereka hanya mengalami kecederaan kecil," jelas jurucakap hospital, Roman Fresco.

Seorang rakan wanita Anderson difahamkan terpaksa menerima lebih banyak rawatan.

Pihak polis Portugal sedang menjalankan siasatan.

Media Portugal memetik kenyataan agensi Gestifute yang mewakili Anderson dengan menyatakan bekas pemain pasukan Porto itu mengalami pengalaman yang amat menakutkan.

Namun, dia akan kembali ke Manchester untuk meneruskan proses rawatan berikutan kecederaan lutut yang serius sejak Februari lalu yang menyebabkan dia terlepas untuk beraksi di Piala Dunia 2010.

Pengurus MU, Sir Alex Ferguson sudah dimaklum- kan mengenai kejadian itu. - Agensi
 
mabuk lebih la si anderson ni..tu yg boleh eksiden..nasib baik x hangus sekali..:D:D
 
seb bek tak mati..kalu tak jatuh liga kedua MU..hahahaha
 
sib baik selamat memang patut terhutang budi tu.
 
kereta dua tempat duduk..
mcm mana tiga orang muat dlm tu..
kawan dia drive.. anderson duk sebelah..
pompuan tu duk kat mana?
hehehe
 
emm thread lama yang di up semula adessss.
 
Back
Top
Log in Register