hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,593
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,593
- Reaction score
- 1,682
- Points
- 201
R£BAH KETIKA JAYAKAN PERSEMBAHAN DI KUANTAN - ABANG SAHKAN PEMAIN DRAM MEDITASI MENINGGAL DUNIA AKIB4T K0MPLIKASI JANTUNG
Pemain dram kumpulan rock Meditasi, Raja Azreen, 57, dilaporkan meninggal dunia di Kuantan, Pahang, malam tadi, selepas r£bah ketika menjayakan persembahan di Rock Festival Teruntum, Kuantan bersama anggota kumpulan Meditasi yang lain
Abang kepada Allahyarham iaitu Raja Azman Raja Talib, 61, mengesahkan punca kematian arwah adiknya itu akib@t k0mplikasi jantung pada jam 10.58 malam tadi selepas pihak polis memaklumkan perkara itu.
Dalam pada itu, menurutnya, selepas arwah adik r£bah ketika persembahan, Allahyarham dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan diberikan bantuan pernafasan.
Kongsinya lagi, berita pemergian Raja Azreen diketahui adik perempuannya yang menerima panggilan telefon daripada rakan arwah.
"Arwah adik ada mas@lah jantung ketika kali pertama dia dimasukkan ke Hospital Cyberjaya pada bulan lalu dan kemudian sekali lagi dimasukkan ke hospital sama kerana menghidap diab£tes.
"Kali terakhir saya bertemu arwah pada Jun lalu di Hospital Cyberjaya. Apapun, saya sangat berterima kasih kepada Burn Meditasi kerana banyak membantu menguruskan jenazah adik ketika di Kuantan hingga sampai ke sini (Bangi), jam 7.30 pagi ini.
"Ibu saya (Raja Amnah Raja Othman, 86 tahun) okay kerana sudah suratan takdir adik pergi buat selamanya meninggalkan kami sekeluarga. Selepas ini, kami adik-beradik lain yang akan bergilir menguruskan penjagaan emak," tuturnya.
Disamping itu, bercerita mengenai keperibadian arwah yang juga anak kedua daripada empat beradik, Raja Azman berkata, Allahyarham disifatkannya sebagai anak yang taat dan sangat berbakti kepada ibu tersayang.
"Allahyarham adik tidak berumah tangga dan dia menghabiskan masanya banyak tengok emak di kediaman keluarga kami di Ulu Yam, Selangor.
"Paling ketara sekali, dia (arwah) pilih untuk jaga emak. Jadi, firasat saya menyifatkan arwah adik ini seorang yang sangat baik kerana memang mengutamakan mahu menjaga emak dulu dan memilih hidup sendiri.
"Kalau fikirkan, bukan tiada wanita yang mahu hidup bersama dengannya, tetapi dia yang pilih ke arah itu (tidak berkahwin). Dia memang lebih kepada hendak menjaga emak," katanya.
Jenazah Allahyarham Raja Azreen dijangka akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, di sini, selepas solat Zohor.
#artismalaysia