BTC USD 81,405.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Pemain bolasepak Jerman dikecualikan berpuasa

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
BERLIN 6 Ogos - Pemain bola sepak profesional muslim mungkin boleh makan seperti biasa menjelang bulan Ramadan bermula Rabu depan berikutan satu kata sepakat telah dilakukan di antara para pemimpin Islam dan pegawai sukan Jerman.

Dewan Pusat Muslim di Jerman telah membuat perbincangan bersama badan bola sepak profesional negara itu dan meminta nasihat dari ulama Islam bagi menyelesaikan pertikaian terhadap pemain yang berpuasa.

Universiti Al-Azhar di Kaherah membuat kesimpulan bahawa pengecualian dari berpuasa di bulan Ramadan boleh dilakukan oleh pemain profesional.

Pihak berkuasa terkemuka di Sunni Islam, Al- Azhar menulis, “kontrak di antara pemain dan pasukan memerlukan pemain memberikan persembahan terbaik dan jika ini adalah satu-satu sumber pendapatan mereka, yang memaksa bermain ketika puasa, mereka dibenarkan untuk makan.” - AFP
 
“kontrak di antara pemain dan pasukan memerlukan pemain memberikan persembahan terbaik dan jika ini adalah satu-satu sumber pendapatan mereka, yang memaksa bermain ketika puasa, mereka dibenarkan untuk makan.” - AFP

kalau macam nih, pekerja kontrak boleh makan lah ...aku pun ader kontrak dgn kerajaan untuk beri komitmen trhdap kerja, so aku pun termasuk lah kan... Biar betul pendapat diorang nih:-?
 
seboleh-bolehnya berpuasalah...bila lagi nak rasa berpuasa di bulan Ramadhan...sedangkan nabi Muhamad dan sahabat2 pun pernah berperang pada bulan Ramadhan...
 
mcm tu punya alasan rasanya sumer bole guna pakai... mcm mana ni.......
 
oooooooooo tu kira mcm darurat lah ye
 
darurat mende nyer tu boss...baru main bola jer...bukan berperang pun...leh jer carik keje lain....
 
macam2 la alasan....

tpi selagi termampu puasa la....
 
aku rasa tu semua hanyalah alasan. cubaan untuk menghina islam. x makan bukan 1 hari 1 malam pun. hanya beberapa jam sahaja.
 
Back
Top
Log in Register