BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluru tepat di dada

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NAMA MANGSA: Neda Salehi Agha-Soltan

USIA: 27 tahun

LAHIR: 1982 di Teheran, Iran

PENDIDIKAN: Universiti Islam Azad (Jurusan Falsafah)

KES JENAYAH: Dalam kejadian pada 20 Jun lalu, Neda maut ditembak ketika dia berada dalam kumpulan penyokong calon pilihan raya presiden yang tewas, Mir Hossein Mousavi yang bertempur dengan polis antirusuhan dan anggota militia di Basij, Teheran.

FAKTA KES: Neda yang dikebumikan di Behesht-e-Zahra, selatan Teheran, dikenali sebagai Angel of Freedom selain menjadi ikon pembangkang di negara itu.

“WALAUPUN saya bukan ahli mana-mana parti, saya tetap akan pergi. Tujuan dan harapan saya ialah memperjuangkan kebebasan dan demokrasi untuk rakyat Iran.

“Saya tidak kisah (sama ada cedera atau maut) dan bersedia menghadapi apa saja kemungkinan demi perjuangan ini,” kata Neda Salehi Agha-Soltan kepada tunangnya, Caspian Makan, beberapa hari sebelum dia menyertai kumpulan penunjuk perasaan di Teheran, Iran.

Neda yang mengejutkan dunia, maut ditembak dalam kejadian jam 6.30 petang, 20 Jun lalu ketika penyokong calon pilihan raya presiden yang tewas, Mir Hossein Mousavi, bertempur dengan polis antirusuhan dan anggota militia di Basij, Teheran.

Kejadian itu tercetus apabila Mousavi mendakwa Presiden Mahmoud Ahmadinejad menipu bagi dipilih semula dalam pilihan raya pada 12 Jun lalu.

Mousavi mahu keputusan itu dibatalkan dan diadakan pilihan raya semula, namun pihak berkuasa menolak dakwaan itu, sekali gus menjadi punca penyokongnya berhimpun di jalan raya utama di Teheran.

Media kerajaan mendakwa, keganasan dilakukan pengganas sementara televisyen kerajaan Iran pula berkata, Neda tidak ditembak pasukan keselamatan Iran, sebaliknya menyatakan kejadian itu dirancang.

Menurut Makan, 37, dalam temubual dengan akhbar Sunday Telegraph, pada awalnya Neda mahu membantah keputusan pilihan raya itu secara senyap, namun berubah untuk menyertai demonstrasi yang diadakan.

“Saya melarangnya daripada turut serta kerana ia berbahaya tetapi dia tidak dengar, malah berkata dia bersedia menghadapi segala kemungkinan, sekalipun ditembak,” katanya.

Makan yang juga jurugambar menyatakan, kematian Neda diketahui pada awal pagi Ahad dan dia pada mulanya tidak percaya dengan berita berkenaan.

“Pada awal pagi Ahad, saya terima panggilan daripada adiknya yang memberitahu Neda sudah tiada. Saya tidak percaya, tetapi tangisan dan pengakuan ibunya di telefon meyakinkan saya.

“Sebenarnya, beberapa hari sebelum itu kami berjumpa dan saya memberinya hadiah sempena Hari Wanita Iran. Kami merancang bertemu lagi Ahad nanti, namun sebaliknya berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga Neda masih bersedih di atas kematian gadis itu dan mahu pihak berkuasa menyiasat serta mendedahkan pihak yang melepaskan tembakan sehingga meragut nyawa penuntut jurusan falsafah, Universiti Islam Azad itu.

Berdasarkan laporan, Neda terkena tembakan di dada dan kemudian darah membuak dari mulut dan hidungnya sebelum tersungkur.

Ketika itu, ada laporan menyatakan seorang lelaki yang juga doktor, Dr Arash Hejazi, berjaya merakam detik kejadian itu di samping berusaha membantu Neda yang terbaring berlumuran darah.

“Sebagai doktor, saya berusaha menyelamatkannya, namun peluru yang mengenai tepat dadanya dan menembusi jauh ke dalam menyukarkan keadaan. Dia menemui ajal tidak sampai dua minit selepas ditembak.

“Pada saat akhir, dia sempat berkata, ‘saya ditembak’. Saya memuji semangat dan keberaniannya,” katanya.

Hejazi, 38, yang kini di Britain selepas melarikan diri daripada kejadian itu mendakwa, anggota militia kerajaan bertanggungjawab dalam insiden berkenaan dan menafikan dakwaan ia dilakukan oleh penunjuk perasaan.

Rakaman video detik kematian wanita muda Iran itu kini tersebar luas di Internet, sekali gus menaikkan semangat dan menjadi ikon dalam pertempuran berkenaan. Poster dan sepanduk mengenainya menghiasi jalan raya sekitar Teheran.

Sebelum kejadian, Neda, anak kedua daripada tiga beradik, tinggal bersama ibu bapanya di penempatan golongan pertengahan di timur ibu negara Iran. Beliau digambarkan seorang yang ceria dan positif.

Sementara itu, Ahmadinejad mengarahkan Ketua Badan Kehakiman, Ayatollah Mahmoud Hashemi menyiasat punca kematian Neda dan meminta siasatan diadakan secara serius.
 
Back
Top
Log in Register