BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluru Pertama SAPP

baik buat usul tak percaya pada keputusan pilihanraya. buat pilhanraya semula, kita tgk sapa gigit jari

kofiden semacam saja kau nie.

:eek: :eek: :eek: :eek:

BN bacul. Klau berani apsal mesyuarat BN tadi tak buang SAPP dari BN. Sekarang nak guna BPR pula. Dulu kata masalah dalaman tak perlu BPR terutama isu politik wang semasa pemilihan atau masa PAU

:(scam :(scam :(scam
 
hehee..betul tu bro...

SAPP sememangnya dah langgar undang-undang BN. tapi kenapa Paklah tak ambil tindakan?

macam Mukhriz juga, kenapa tak diambil tindakan? dia jelas melanggar perlembagaan UMNO...

tapi, hukuman ditukar kepada kutukan & caci maki kepada SAPP..tak sedar diri lah, tamaklah, kacang lupakan kulit lah, dan sebagainya...

peh...besh betul tengok RTM1 kutuk SAPP tadi...
 
Usul tidak percaya terhadap PM

Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

ini bermakna pak lah x reti apa dari segi pentadbiran tu la org wat usul undi x percay kat dia....:)) :)) :)) :)) :)) :)) :))
 
peluru ke2 bila mau shoot ?
 
hangat, hangat jugak tp jgn lupa Batu Puteh melayang time pak dollah ni lah................ ingat tu....... ini sama ngan org asing suka ati jer nak bukak geran tanah kat mesia.........
 
KOTA BHARU: Langkah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai termakan tawaran daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau difahamkan, Yong akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

“Dengar kata macam-macam yang ditawarkan (kepada Yong) seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri dan royalti minyak.

“Sebenarnya saya nak tahu, apakah tawaran secara individu dari Anwar kepada Yong, adakah Yong ditawarkan jawatan TPM kalau Anwar jadi PM. Jika benar, ia membuktikan ini bukan pendirian berprinsip, tapi bersyarat sebab dia memang dah berjumpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Khairy sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan 14 ketua Pemuda Umno bahagian di Kelantan.

Beliau turut menyelar tindakan Yong dan Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengadakan perjumpaan di Hong Kong.

“Dari segi moral itu pun dah salah kerana bila dah mengaku jumpa Anwar dan kemudian nak sokong usul tidak percaya pada Perdana Menteri walaupun dia (Yong) masih lagi berlapik dan kata tak nak keluar dari Barisan Nasional (BN), ini menimbulkan tanda tanya.

“Kenapa nak jumpa di Hong Kong? Takut orang nampak?. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya, kita tahu sejarah Anwar dan Yong pada 1994 yang menyebabkan kerajaan Sabah jatuh. Ini bukan perkara baru,” katanya.

Jelas Anggota Parlimen Rembau itu, tindakan SAPP yang akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri juga menunjukkan pendirian parti yang tidak konsisten.

Ini kerana, katanya, mustahil bagi parti komponen BN untuk menyokong usul tidak percaya kepada pengerusi BN dan pada masa yang sama masih lagi mahu memperjuangkan politik yang dibawa BN.

Katanya, Yong juga didakwa menggunakan kedudukan sebagai presiden parti untuk mendapat persetujuan mereka menyokong pendirian beliau berhubung usul itu.

“Saya difahamkan sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi SAPP tidak setuju dengan pendirian Yong, tetapi beliau berjaya dapat persetujuan daripada mereka.

“Soalnya sekarang ni, adakah mereka dalam SAPP yang tak menyokong Yong akan tampil ke depan untuk membuat pendirian berbeza yang lebih konsisten, iaitu kalau nak terus bersama BN, mesti sokong pengerusi BN, tak ada pilihan bagi mana-mana parti dalam BN untuk tidak menyokong pengerusinya.

Sebagai anggota parlimen juga, katanya, beliau akan lihat apakah tindakan anggota parlimen SAPP yang lain iaitu Anggota Parlimen Tawau, Chua Soon Bui yang juga naib presiden parti dan Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun sama ada mereka akan bentang dan sokong usul tersebut.

“Saya harap Ketua Whip BN akan ambil tindakan sewajarnya jika mereka tetap dengan rancangan mereka,” katanya.
 
yang merisaukan skang ni kalau2 BN main cucuk jarum ngan speaker. Kalau speaker terima usul silap2 kluar pulak berita BPR siasat kes rasuah speaker pulakk
 
KJ jgn masuk campur hal org tua la,
ko tu budak lg, ape ko reti,
dlm parlimen pun tak berani nak berdebat, tak berani bg laluan :))
haritu dia gak yg cabar Anwar letak jawatan( anwar ada jawatan ke?) kalau gagal ambilalih kerajaan pusat pd september ni.
apsal? ko dah gabra ke Bapak mertua lembik ko dah nak tergolek kahkahkah

skang ni baru dia tau cmne gaya otai main politik :eek:
dok main tepi je la, ko tu sape je, nasib baik jd menantu PM je.
 
Back
Top
Log in Register