BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluru Pertama SAPP

KJ cabar DSAI letak jawatn penasihat PKR jika PR tak ambik alih govt september ni.. anwar tak jawab apa2 pun.. tapi anwar lepaskan satu "tembakan amaran pertama"... apa tembakan amaran dia??? tu yang SAPP usul cadangan tak percaya untuk PM.. kita lihat permainan yang menarik ini.. zassssssss :)paid :)cgrock :)cgrock
 
dari satu segi memang baik tindakan sapp, bagi kejutan letrik pada pak dol. dari segi yang lain, pak dol patut tendang kuar je mamat berjambang ni sebab fungsi dah tak ada di sabah, parti cina pun dah ada, lagi banyak parti cina lagi macam-macam tuntutan yang entah apa-apa...

kalau pun dia ni peluru nuar, jangan peluru kena batang hidung sendiri je la... dia pun kata tak kan join dengan pembangkang... nak join dengan presiden bebas seorang:D
 
menentang pak lah bukan budaya malaysia.
 
Usul tidak percaya satu-satunya pilihan terbaik - Husam

Usul tidak percaya satu-satunya pilihan terbaik - Husam


Lanjusoh
Thu | Jun 19, 08 | 3:47:49 pm MYT


KOTA BHARU, 19 Jun (Hrkh) - Berdasar kepada situasi politik negara yang semakin membahang sekarang kemungkinan besar kerajaan baru dapat dibentuk dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, usul tidak percaya merupakan satu-satunya pilihan terbaik yang ada bagi mengelakkan negara daripada terus diterajui pemimpin mementingkan diri sendiri.

"Oleh yang demikian saya mempelawa ahli-ahli parlimen Umno menyertai PAS. Dengan demikian ahli-ahli parlimen Melayu tidak akan berkurang dalam kerajaan baru dengan izin Allah.

"Tindakan ini juga dapat menghapuskan kebimbangan ahli-ahli parlimen Umno sebelum ini yang khuatir terhadap bilangan ahli parlimen Melayu dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Global Media Channel Sdn Bhd di sini.

Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee semalam mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun.

Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut dua kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.

Husam yang kini berada di Timur Tengah berkata, penyusunan baru kepemimpinan negara adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sekarang.

"Sikap terbuka ahli-ahli parlimen Umno perlu dengan membuktikan diri mereka sememangnya prihatin kepada kepentingan orang Melayu, rakyat dan negara," katanya.

Menurutnya dalam menghadapi perkembangan terbaru ini PAS perlu bersiap sedia untuk menggantikan tempat Umno supaya kedudukan kepemimpinan Melayu tidak akan terjejas sekiranya usul itu diterima sehingga membawa kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau juga, PAS mengambil perkiraan terperinci usul hilang kepercayaan sama ada berjaya atau ditolak, parti tersebut perlu menangani arus perubahan seperti dikehendaki rakyat.

Sebab itulah katanya Umno tidak boleh mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka.

Kata beliau juga, tokoh-tokoh Umno terutamanya Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Abdullah sewajarnya turut bersama Pakatan Rakyat.

Husam juga membidas kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan Teck Lee tamak, namun sebenarnya apa yang berlaku Abdullah berada di kemuncak ketamakan peribadi.

"Selepas prestasi terburuk dalam sejarah BN akibat ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu, Dato' Seri Abdullah enggan menerima kenyataan dan mahu terus berkuasa.

"Sikap Perdana Menteri itu tidak mahu menerima kelemahan kepemimpinannya yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

"Oleh yang demikian usul tidak percaya terhadap kepimpinannya di kalangan ahli-ahli parlimen tidak dapat dielak lagi," katanya.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sudah menjadi perkara biasa parti yang terlalu lama berkuasa mengalami sindrom kehilangan daya kepemimpinan dan kekosongan itu perlu diisi. - mns_



p/s : cayalah!!!:)
 
Speaker tiada kuasa sekat undi tak percaya

Tarmizi Mohd Jam

Thu | Jun 19, 08 | 3:54:35 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Speaker Dewan Rakyat sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menyekat usul undi tidak percaya yang dikemukakan di Parlimen.

Perkara ini ditegaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari, pakar Perlembagaan ketika dihubungi ekoran pendapat yang menyatakan bahawa Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul tersebut selain beberapa sebab teknikal yang lain.

Sebelum itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, melahirkan rasa ragu beliau meskipun ahli parlimen veteran itu berpendapat, tindakan SAPP semalam mempunyai implikasi politik yang penting.

Aziz, pensyarah UIAM menjelaskan kedudukan kerajaan di bawah sistem demokrasi berparlimen ditentukan oleh sokongan majoriti dan apabila timbul persoalan mengenainya maka dewan perlu diberi peluang untuk mempastikan soal itu.

Soal-soal teknikal perlu dikesampingkan kerana ini adalah soal yang melibatkan sama ada kerajaan yang ada boleh kekal atau meletakkan jawatan. Aziz memberi beberapa hujah untuk menyokong pendapatnya itu.

Yang pertama hujahnya, ialah soal sokongan majoriti itu penting sebagaimana yang disebut oleh Perlembagaan dalam beberapa peruntukan bermula dengan Perkara 43(2)(a). Ini diikuti oleh Perkara 43(4) yang mewajibkan Perdana Menteri meletakkan jawatan sekiranya beliau kehilangan sokongan majoriti.

Yang kedua ialah bahawa kuasa Speaker adalah berdasarkan peraturan tetap dewan (standing orders) yang dibuat berdasarkan Perkara 62(1). Dengan kata lain adalah tidak munasabah jika undang-undang kecil mengatasi Perlembagaan. Beliau berhujah ini tidak selaras dengan Perkara 4(1) yang meletakkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Yang ketiga kuasa mutlak Speaker adalah berhubung dengan perjalanan mesyuarat dewan tidak harus disalahgunakan untuk menyelamatkan kerajaan yang kehilangan kekuatan untuk memerintah.

Aziz menegaskan jika Speaker dibenarkan menyekat usul tidak percaya maka sistem demokrasi berparlimen - di mana kerajaan dilantik berdasarkan sokongan majoriti di dalam dewan - akan hancur.

Ini juga membawa makna konsep kerajaan bertanggungjawab (responsible government) yang sentral di dalam demokrasi Westminster tidak terlaksana.

Yang keempat, hujah Aziz lagi, dakwaan mengenai kuasa Speaker itu bertentangan dengan amalan yang konsisten setakat ini.

Pensyarah UIAM itu berkata setakat ini sudah tiga kali kerajaan tumbang di tangan undi tidak percaya di Malaysia . Beliau menegaskan kedua-dua Persekutuan dan Negeri mempunyai undang-undang yang sama.

Perletakan jawatan kerana gagal dalam usul tidak percaya berlaku buat pertama kalinya di Sarawak pada tahun 1966 melibatkan Ketua Menteri, Datuk Stephen Kalong Ningkan. Kemudian ia diikuti oleh perletakan jawatan oleh Menteri Besar, Dato Harun Idris di Selangor pada tahun 1976 yang diundi tidak percaya oleh partinya sendiri. Insiden yang sama berlaku di Kelantan pada tahun 1977 apabila Menteri Besar Dato Mohamed Nasir berbalah dengan partinya sendiri.

Aziz mengharapkan semua pihak, termasuk Speaker, perlu memberi laluan kepada proses yang telah pun secara konsisten diamalkan di seluruh dunia Komanwel. Jika ia disekat Malaysia akan ditertawakan oleh dunia. - mr_


p/s : kita tunggu isnin ini!
 
Back
Top
Log in Register