BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluru Pertama SAPP

strategi anwar dah masuk fasa ke 2. fasa seterusnya akan menyaksikan kembalinya Anwar ke pangkuan umno dan turunnya Pak Lah Najib. Ku Li akan jadi perdana menteri peralihan sementara pilhanraya kecil diadakan utk accomodate anwar sbg MP kemudian Perdana Menteri malaysia. PAS & PKR akan ikut sama masuk ke dlm BN. akan hanya tinggal DAP dan org2 tun M sebagai pembangkang.
Rupanya sokong Anwar jugak?:-?
 
Chua (gambar), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

73126c9409bf032505700b87f23068a5.jpg


1) Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

2) Kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.

3) Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

4) Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.
 
Back
Top
Log in Register