BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluru Pertama SAPP

ni berita penuh dari malaysiakini.com

Usul tidak percaya terhadap PM
Jun 18, 08 2:04pm
Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

"Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

Akibat kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi iskin tegar.

Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.


:)) :))
 
xper...elok jugak ader pakcik kordi tu..leh kita tgk jalan dua hala..kalau jalan sehala xder yg menariknya..
heheeh

persoalannya nya kini apa effect sebenar????
MP supp hanya 2 org.......
 
Pak Kodi ..g lah panggil kwn2...kwn2 lain tak der ke...
 
agak2 mcm mne la tv3 nk cover benda supaya nmpk ramai masih beri kepercayaan penuh pada pak lah mlm nie yer...

emmmm, tgk je la mlm kang kul 8...
 
biasalah kalau dah nama puak juak bn...asal bersuara sikit mesti cari jalan nak sekat punya....itulah demokrasi acuan bn...
 
Kami tak buat dakyah Pak Kodi..weh!!!Ini hakikat sebenar...ko memandai lak kata dakyah ye...orng UMNO/BN..lagi kuat dakyah ko tak nampak lagi ke??
 
Kami tak buat dakyah Pak Kodi..weh!!!Ini hakikat sebenar...ko memandai lak kata dakyah ye...orng UMNO/BN..lagi kuat dakyah ko tak nampak lagi ke??

dah xleh buat ubat dah tu...heheh kategori penyokong tegar:D
 
Back
Top
Log in Register