salam TT,
berapa tahun pengalaman? selain sediakan shop drawing dan as built, bagaimana dengan detailing? kemudian bolehkah TT buat design skali?
selain daripada diatas, tahukah TT jika nak buat part time drafting ini, apakah criteria yg perlu ada?
tahukah TT berapa ramai org buat part time drafting ni dan akhirnya tidak berjaya? kenapa?
kalau tak percaya cuba tanya contractor dan consultant mengenai mutu perkhidmatan free lancer. 95% geleng kepala.
sebab apa, sebab kebanyakan yg buat part time ni tidak berpengalaman, mereka hanya fikirkan wang, wang , wang...bila kena 2-3 kali amendments mereka dah give up, pastu leh cakap kat client bayar setakat mana yg dah buat. disinilah masalah timbul.
sebab apa? sebab walaupun mereka ni tahu buat drawing sekali pun, tapi mereka tidak ada skill business. walaupun part time namun ia adalah perniagaan. biasanya client bagi drawing sebab "urgent". jadi kalau tak bole siap ikut dateline, untuk apa mereka sub bagi kita? mereka ada staff sendiri.
jadi kalau TT nak buat part time. saya boleh bantu sebab dah 17 tahun buat kerja ni sepenuh masa. dah cukup asam garam bebudak part time ni.