BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelik wang bantuan, BR1M lesap

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg

Nget Loong (duduk, dua kiri) dan Sivakumar (dua, kanan) pada sidang media, semalam.
< 1 / 1 >
IPOH - Pihak berkuasa digesa menyiasat kes penipuan wang bantuan milik seorang warga emas, Liew Nget Loong, 75, didakwa melibatkan seorang kakitangan awam.

Penipuan berkenaan didakwa berlaku sejak sepuluh bulan lalu dan melibatkan wang bantuan bulanan berjumlah RM3,000 selain wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM650.

Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar berkata, penipuan berkenaan disyaki dilakukan oleh individu yang pernah membantu menguruskan urusan bantuan kewangan berkenaan kepada Nget Loong selama ini.

Sivakumar berkata, bantuan bulanan berkenaan termasuk bantuan BR1M baru-baru ini sudah tidak lagi diterima warga emas berkenaan biarpun rekod bank menunjukkan berlakunya transaksi sejak beberapa bulan lalu.

“Jika kita lihat, berlakunya transaksi pada akaun bank milik Nget Loong. Ada wang masuk dan ini mengesahkan Nget Loong sememangnya layak menerima bantuan bulanan berkenaan.

“Apa yang menghairankan adalah mengapa semua bantuan berkenaan tidak sampai kepadanya (Nget Loong) sedangkan rekod bank menunjukkan berlaku transaksi.

"Oleh itu, kita mahu perkara ini disiasat oleh pihak polis kerana kita khuatir warga emas ini sebenarnya telah ditipu,” katanya kepada Sinar Harian, dalam satu sidang media semalam.

Sementara itu Adun Menglembu, Lim Pek Har mengakui pihaknya ada berhubung dengan individu berkenaan menerusi orang ketiga bagi mengetahui keadaan sebenar perkara berkenaan.

Bagaimanapun menurut Pek Har, individu tersebut mendakwa dia tidak terlibat dalam transaksi berkenaan dan mengaku menguruskan bantuan termasuk BR1M kepada Nget Loong.

“Kita sebenarnya bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, kita cuma mahukan penjelasan sebenar di sebalik perkara ini supaya wang milik Nget Loong ini dikembalikan semula sepenuhnya. Kehilangan wang bantuan ini menjadikan Nget Loong hilang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada kerja-kerja menjual barangan terbuang yang diusahakan isterinya.

“Untuk pengetahuan, Nget Loong hanya tinggal berdua dengan isterinya di Bukit Merah. Mereka tidak mempunyai anak. Oleh itu, kita harap perkara ini tidak berpanjangan dan wang milik Nget Loong akan dikembalikan semula kepadanya,” katanya lagi.

Menurutnya, laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Bukit Merah, Menglembu untuk membolehkan siasatan dilakukan.
 
Back
Top
Log in Register