BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelesit rempit dikepung polis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_06.1.jpg


SEBAHAGIAN daripada pemandu kereta yang terlibat dalam lumba haram ditahan di Seremban malam kelmarin.

SEREMBAN - Keseronokan lebih 50 pelesit jalanan membabitkan pemandu kereta dan penunggang motosikal untuk mengadakan 'pesta' lumba haram di dua laluan utama di bandar ini berakhir apabila kawasan itu dikepung polis tengah malam kelmarin.

Kumpulan pelesit jalanan itu dipercayai sering menjadikan Jalan Yam Tuan dan Jalan Datuk Bandar Tunggal dekat sini sebagai litar perlumbaan pada malam hujung minggu.

Difahamkan kehadiran kumpulan terbabit ke lokasi itu juga mengganggu dan mengancam keselamatan para pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari kehadiran polis kira-kira pukul 1 pagi di lokasi berkenaan, sebahagian mereka cuba meloloskan diri termasuk melawan arus bersama kenderaan masing-masing.

Ketua Polis Trafik Seremban Asisten Superintendan Nik Ishak Nik Saad memberitahu, polis menahan 26 kereta yang dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram itu dan mengeluarkan 27 saman atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, kebanyakan saman yang dikeluarkan itu membabitkan kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, mengubah suai kenderaan dan nombor plat kenderaan.

Katanya, polis turut menahan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an kerana didakwa memandu secara melulu dan berbahaya dan mereka disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol turut ditahan dan dia akan disiasat mengikut Seksyen 45A akta yang sama," katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi itu.

Dalam operasi itu juga, tambah Nik Ishak, dua remaja lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu dan ganja.

"Operasi cegah lumba haram itu disertai tujuh pegawai dan 67 anggota polis," katanya lagi.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, kelincahan pelesit rempit mempamerkan aksi-aksi berbahaya membawa padah apabila mereka ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Tanjung Lipat ke Jalan Coastal dekat sini semalam.

Operasi selama lima jam bermula pukul 11.30 malam itu menahan 42 penunggang berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun.

Semasa sekatan jalan raya dilakukan, terdapat beberapa pelesit rempit cuba melarikan diri dengan menunggang melawan arus namun gagal kerana kawasan terbabit sudah dikepung polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mengenal pasti lokasi tersebut sering dijadikan kawasan pelesit rempit berkumpul dan trek berlumba haram pada malam minggu.

"Sebanyak 97 buah motosikal disita termasuk sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang didapati dipalsukan dokumennya berikutan nombor plat depan dan belakang yang berlainan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Jauteh, sebanyak 58 saman juga telah dikeluarkan meliputi pelbagai kesalahan seperti tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai ekzos dan enjin serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dalam operasi itu.

"Hasil pemeriksaan ujian air kencing juga mendapati dua lelaki daripada keseluruhan yang ditahan positif dadah jenis syabu," jelasnya.

Tambahnya, pelesit rempit yang ditahan dalam operasi itu disiasat di bawah pelbagai kesalahan trafik Akta Pengangkutan Jalan.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 
never ending story, adakah perlu gubal undang-undang bagi menangani gejala ini atau undang-undang sedia ada sudah mencukupi?

Gejala yang membahayakan masyarakat.
 
siap ada yg dikesan mabuk.... lebih berbahaya kepada pengguna jalanraya yg lain.
 
Kat semban ni tetiap minggu kan? Huhu
 
Kena gubal undang2 sita kenderaan2 ni.. Simpan untuk setahun dua.. At least setahun dua tu xdela lg setan jalanan ni..
 
dah kena longgok cam tu... sardin je muka. tidak kalu.. semua buat muka pelesit. chaiiitt
 
Kena gubal undang2 sita kenderaan2 ni.. Simpan untuk setahun dua.. At least setahun dua tu xdela lg setan jalanan ni..

sita dan lupuskan kenderaan terlibat
dengan perintah mahkamah
 
muka2 anak melayu..... duit dlm simpanan x seberapa.. belagak mau lebeh... x abes2 nk nyusahkan pengguna yg lain...
 
Back
Top
Log in Register