BTC USD 84,603.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelembut Hati 21

zulco

Active+ Member
Messages
3,244
Joined
Jun 7, 2008
Messages
3,244
Reaction score
33
Points
40
Pelembut Hati 21


“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya.” (Ali Imran:120)

Cuba baca dan fikirkan, pernah ini terjadi dalam hidup kita?

“(Iaitu) ketika mereka berkata. “Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita sendiri, padahal kita adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah (yang tidak dikenali) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu sahaja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik.” (Yusuf:9)

Cemburu! Dialog abang-abang Nabi Yusuf a.s. kerana cemburu. Fikirkan… pernah ini terjadi kepada kita.

“Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata, “kami beriman”, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka) “marilah kamu kerana kemarahanmu itu.” Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali Imran”119-120)

Orang yang bermuka-muka. Di depan katanya lain, di belakang lain. Adakan… peristiwa ini terjadi kepada kita?

Pelik. Kita selalu menempatkan diri kita sebagai mangsa. Mangsa cemburu. Mangsa dengki. Mangsa dendam.
Mungkin tak, kita yang bersalah? Kita cemburu melihat sahabat kita dikurniakan harta, pangkat, pujian.
Kita melihat kawan kita disayangi, dihormati, diberi pelbagai nikmat.
Kita cemburu melihat mereka mendapat apa yang kita nak.
Mungkin, Allah ingin menegur kita dengan membuat orang lain berdendam dengan kita, kerana kita berdendam dengan kesenangan orang lain (tanpa kita sedari).
Allahu a’lam.
Jika kita menjadi mangsa. Cukuplah. Hentikanlah rantaian dendam itu hanya pada kita.
Ingat kembali kata-kata pujukan daripadaNya:

“…dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (al Baqarah:177)

“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (al-Muzzammil:10)

“Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu antara orang-orang yang bersujud (solat)” (al-Hijr:97-98)
 
Back
Top
Log in Register