BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelanggan Tesco bergelut dapatkan daging diskaun

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
proxy.jpg


Sebuah rakaman video pelanggan bergelut untuk daging diskaun di pasaraya Tesco di England telah menarik perhatian para netizen hari ini.

Video yang dimuat naik di laman YouTube semalam oleh sebuah stesen TV menunjukkan gelagat manusia yang bergelut antara satu sama lain hanya untuk membeli beberapa paket daging yang dijual pada harga promosi di sebuah pasaraya Tesco di England.

Dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu, seorang pekerja Tesco dilihat menjerit "saya akan ambil balik semua daging" kepada pelanggan-pelanggan tersebut untuk mengawal situasi namun mereka tidak mempedulikan kata-katanya.

Difahamkan, video ini dirakam oleh seorang saksi, Johnny Lester.

http://www.youtube.com/watch?v=Oawo_hziiw4

Menurut Lester, dia tidak dapat percaya dengan apa yang dilihat pada malam itu dan perbuatan itu benar-benar menunjukkan kejahilan manusia pada era ini.

Manakala seorang pelanggan wanita pula dilihat berkata "disgusting" (menjijikkan) sambil berjalan melepasi kawasan tersebut.

Menurut Metro.UK, perebutan itu berlaku apabila paket daging promosi itu dimasukkan ke dalam bakul di hadapan pembeli oleh pekerja pasarraya tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, perbuatan 'terdesak' pelanggan berkenaan mengundang reaksi negatif daripada pelbagai pihak di media sosial.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/pelanggan-tesco-bergelut-untuk-daging-diskaun-62880?cp
 
sempat lg amik celah2 kelangkang org depan tu...:))
 
Mcm org xmakan 10hari daaaa..
Aku igtkan tesco malaysia td
 
TESCO Malaysia pun ada.Barang nak expired dapat discount sampai 80%.
yang best kambing bbq.
 
Macam mana kalau orang2 ini berpuasa?

Kalau pergi bazaar Ramadhan pun macam ni juga kot.
 
kalau kes ni jadi kat malaysia ramai akan komen rakyat malaysia menderita..tp xde pun komen rakyat england menderita..
 
kita rakyat malaysia plak b'gelut utk menerus'n kehidupan.
 
Sama je kt tesko sini, pegi la mlm2, tgok dia bwak kluar reduce 2 clear, berebut org. Kena pndai pilih dpt la yg ok,.
 
Back
Top
Log in Register