alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad (Celcom) mengumpul sumbangan untuk Tabung Bencana, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP)-Media Prima Berhad, (Tabung Bencana NSTP-Media Prima) sebanyak RM111,893.
Sumbangan pelanggan Celcom prabayar dan pasca bayar bagi membantu mangsa gempa bumi Sumatera, Indonesia itu dikumpul melalui SMS.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata sumbangan itu adalah hasil daripada inisiatif pantas mereka melancarkan kempen Derma SMS untuk menimbulkan kesedaran lebih 10 juta pelanggan di seluruh Malaysia.
“Kami berharap dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa dengan menggerakkan langkah penggunaan sepenuh rangkaian dan sumber komunikasi yang kami miliki.
“Menerusi kempen derma ini kami berharap dapat menyatukan orang ramai bersama untuk membantu memulihkan mangsa bencana di negara jiran ,”katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.
Pelanggan Celcom prabayar atau pasca bayar boleh mempamerkan sokongan melalui derma SMS dengan hanya menaip DERMA dan hantar ke 21999, setiap SMS dicas RM1 dan seratus peratus akan disalurkan ke Tabung Bencana NSTP-Media Prima.
Malah inisiatif lain Celcom dalam menjanakan sumbangan bagi mangsa gempa bumi adalah menerusi Celcom Sukses, iaitu prabayar khusus untuk warga Indonesia yang menetap di Malaysia.
Pelanggan akan menerima SMS dikendalikan oleh Kedutaan Indonesia yang memaparkan akaun bank ‘Kedutaan Republik Indonesia (Bencana)’ A/C 1453-0001518-05-1 CIMB Star Hill.