BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pelancong asing tak kena GST.....

wan12345

Active Member
Messages
2,455
Joined
May 12, 2006
Messages
2,455
Reaction score
21
Points
25
RABU, 1 APRIL 2015 @ 7:58 AM
Kaunter bayaran balik GST pelancong di lapangan terbang

KUALA LUMPUR: Pelancong yang berbelanja sepanjang berada di Malaysia akan dapat menuntut jumlah yang dibelanjakan ke atas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi barangan yang dibeli melalui kaunter Skim Bayaran Balik Pelancongan (TRS) di lapan lapangan terbang utama bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Datuk Abdul Rahman Othman berkata pembukaan kaunter itu membolehkan pelancong untuk menebus jumlah yang dibelanjakan tidak kurang daripada RM300 di 700 peruncit TRS berdaftar di seluruh negara sebelum kembali ke negara mereka.

"Kaunter akan disediakan di lapangan terbang Senai, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2, Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang," katanya.

Abdul Rahman mengingatkan pelancong untuk mendapatkan Borang Bebas Cukai selepas membuat bayaran sebelum menuntut pembayaran balik. - BERNAMA

sumber berita harian
http://www.bharian.com.my/node/44609
 
Astro_vaanavil.jpg


Astrok vaanavil satu.
 
Aku bli tiket universal studio kat singapore pon kena GST, malaysia lak baik hati... Syukur lah nakk
 
Kat S'pore pun ader kaunter utk kita claim balik GST. Tapi bukan semua yg bole claim
 
Malaysia cuma ikut negara lain. Biasa memang boleh tuntut balik tetapi ada jumlah minima, kekadang kena stay lebih beberapa hari.
 
Aku bli tiket universal studio kat singapore pon kena GST, malaysia lak baik hati... Syukur lah nakk

Dia ada cakap boleh claim x?
Sepanjang aku belanja kat SG
boleh claim balik GST dgn syarat kluar kena naik flight
kalo naik kete x dapat la..
 
mmg naik flight je dpt.. kat aussie pun sama..
 
Back
Top
Log in Register