BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelan transformasi Proton galak pertumbuhan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Abdul Harith Abdullah​

KUALA LUMPUR 15 April – Proton Holdings Bhd. (Proton), menerusi anak syarikat, Proton Edar Sdn. Bhd., mempelawa peniaga berminat untuk menyertai program peluasan pengedar bagi pusat servis, jualan dan alat ganti (3S) baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, program itu bertujuan menyediakan rangkaian pengedar yang sihat dan menguntungkan.

Katanya, ia sebahagian daripada hasrat utama kumpulan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan seiring dengan pelan pertumbuhan.

“Dengan program rasionalisasi, sebanyak 413 cawangan terdiri daripada pusat 3S akan dapat mewujudkan rangkaian yang sihat dengan memberi tumpuan kepada kawasan pasaran utama.

“Proton ketika ini melaksanakan pembentukan semula infrastruktur rangkaian ke arah lima tahun akan datang melalui program peluasan pengedar yang baharu diperkenalkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Harith lagi, rasionalisasi adalah perlu untuk menangani pelbagai isu berkaitan rangkaian pengedaran syarikat seperti kurang produktif dan ketidakcekapan dalam proses operasi.

“Selain membenarkan pelabur baharu, program ini bertujuan menangani percanggahan imej korporat, duplikasi sumber, aktiviti pemasaran antara cawangan dan variasi dalam proses operasi,” katanya.

Menerusi program tersebut, Proton bukan sahaja dapat mengukuhkan cabang pemasaran, pengedaran dan servis selepas jualan, malah peluang segmen itu berpeluang menyumbang lebih banyak kepada keuntungan.

Pihak yang berminat boleh memohon dengan menghantar borang permohonan lengkap berserta dokumen syarikat berkaitan juga surat sokongan kepada Unit Rangkaian Perancangan & Pembangunan Proton Edar sebelum 31 Mei 2015.
 
Back
Top
Log in Register