eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JAKARTA: Cadangan kerajaan Indonesia menawarkan harimau Sumatera untuk dijadikan anak angkat oleh golongan kaya dikecam oleh aktivis alam sekitar.
Kumpulan itu menganggap pendekatan berkenaan tidak sesuai untuk perlindungan haiwan terbabit.
Buat masa ini, hanya tinggal 400 harimau Sumatera di Indonesia.
Kegiatan penebangan hutan memusnahkan sebahagian besar habitat mereka. Haiwan itu juga diburu untuk dijadikan ubat tradisional.
Pegawai Kementerian Perhutanan berkata, rancangan menjadikan harimau itu anak angkat dengan menyewakan sepasang haiwan berkenaan sebagai binatang peliharaan dengan deposit sebanyak satu bilion rupiah (RM365,000) boleh membantu mengekang pemburuan dan perdagangan haram.
“Kami menerima banyak tempahan daripada golongan kaya yang mahu memelihara haiwan itu. Mereka berpendapat, jika memiliki seekor harimau, mereka kaya. “Kita perlu mengambil langkah konkrit untuk melindungi haiwan itu,” kata Ketua Pengarah kementerian berkenaan, Darori.
Mereka yang menyewa harimau itu mesti membenarkan pihak berkuasa melawat dan memeriksa haiwan itu tiga bulan sekali.
Harimau yang akan disewakan terdiri daripada mereka yang sudah berada dalam kurungan pihak berkuasa dan wajib diserahkan bersama sangkar setinggi lima meter, enam meter lebar dan 10 meter meter panjang.
“Ia hampir sama besar dengan rumah saya. Dan kerana penyewa itu kaya, sudah tentu mereka akan memberi makanan yang baik.
“Harimau itu akan kekal menjadi milik negara dan mesti dikembalikan jika tidak lagi diperlukan penyewanya,” kata Darori.
Beliau mengaku menerima aduan daripada 12 pertubuhan bukan kerajaan mengenai rancangan itu. “Kami mempelawa mereka untuk berunding sebelum meneruskannya. Jika persetujuan dicapai, ia akan dilasanakan secepat mungkin.” Aktivis hutan dari Greenpeace, Bustar Maitar berkata, rancangan itu hampir sama dengan menjual harimau.
“Ia menunjukkan kerajaan tidak serius dalam menangani isu yang mengancam harimau Sumatera.” katanya. - Reuters