BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar turut terlibat rasuah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEREMBAN 1 Okt. – Segelintir golongan muda di negeri ini dipercayai terlibat dalam gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Zainul Darus berkata, pihaknya pernah menerima maklumat tentang seorang Pengawas meminta ganjaran daripada seorang pelajar supaya tindakan atas kesalahan datang lewat ke sekolah tidak diambil.

Tegasnya, penganjuran program meningkatkan kesedaran antirasuah di kalangan pelajar sekolah perlu diteruskan agar gejala negatif tersebut boleh dibanteras penularannya.

“Saya berharap lebih ramai pelajar sekolah dilibatkan dalam program berkenaan pada masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Amir Sharifuddin Ahmad dan Pengetua Kanan SMK Puteri, Azizah Mohd. Nor.

Pertandingan pidato anjuran SPRM dan JPNS itu disertai 46 pelajar mewakili 23 sekolah menengah sekitar negeri ini bagi kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Mohd. Tarmizi Mohd. Rafai dari SMK Seri Pagi di sini muncul johan kategori Bahasa Melayu diikuti oleh naib johan, Fong Sook Chin (SMK Mohd. Said, Nilai) dan tempat ketiga, Nor Haliza Mohd. Sham (SMK Tuanku Ampuan Durah, Seremban).

Kategori bahasa Inggeris diungguli Darren Chuah dari SMK St. Paul di sini manakala naib johan jatuh kepada Goh Yun Ying (SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban) dan tempat ketiga, D. Nissanthan (SMK King George V, Seremban).

Mohd. Tarmizi dan Darren masing-masing menerima hadiah berupa piala pusingan, plak, sijil penyertaan serta wang tunai sebanyak RM300.

Naib johan dan pemenang tempat ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing membawa pulang wang tunai RM250 dan RM200 di samping plak serta sijil penyertaan.
 
haha, kocik2 dah pndai rasuah, nie msti dah bsar nk makan komisen tggi..:D
 
wah..ni bakal pemimpim negara ni..
 
mak aii bahaya tul budak2 sekarang....da besar ni lagi teruk kalau x d bendung dari sekarang nie~X(~X(~X(



:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
inilah...... kepimpinan melalui teladan.
 
cepat betul budak2 sekolah belajar jadi kaki rasuah...
one malaysia...
 
diorang ni belajar dari orang dewasa gak ler...
 
Back
Top
Log in Register