BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar tergamam kena serang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Zamri Shamsuddin
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar tingkatan tiga tergamam seketika diserang sekumpulan remaja semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dalam kejadian di Kampung Petai Bubus, Manir, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 malam apabila mangsa berumur 15 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal ditahan kumpulan remaja terbabit ketika tiba di hadapan sebuah rumah di lokasi kejadian.

“Tanpa bersoal jawab, mangsa cuba ditumbuk oleh salah seorang ahli kumpulan itu yang dikenalinya tetapi nasibnya baik kerana berjaya mengelak.

“Bengang dengan tindakan mangsa yang dilihat cuba melawan, suspek bertindak lebih agresif, namun mangsa berjaya melarikan diri,” katanya, semalam.

Zamri berkata, mangsa yang tidak berpuas hati dengan serangan melulu kumpulan tersebut cuba mendapatkan bantuan beberapa rakannya dengan hasrat untuk berbincang secara baik bagi mengetahui punca sebenar kenapa diserang.

“Beberapa minit kemudian, mangsa bersama beberapa rakan pergi semula ke lokasi kejadian dan kumpulan tersebut masih tidak berganjak di situ.

“Hasrat mangsa berbincang gagal apabila salah seorang daripadanya menumbuk rakan mangsa sebelum ada antaranya mengambil cangkul untuk memukul mangsa bersama rakannya,” katanya.

Jelas Zamri, terkejut dengan serangan tersebut, mangsa dan rakannya segera melarikan diri.

Berikutan kejadian tersebut, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Manir, di sini, kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pelajar-tergamam-kena-serang-1.195583
 
mangsa yang tidak berpuas hati dengan serangan melulu kumpulan tersebut cuba mendapatkan bantuan beberapa rakannya dengan hasrat untuk berbincang secara baik bagi mengetahui punca sebenar kenapa diserang.

Beberapa minit kemudian, mangsa bersama beberapa rakan pergi semula ke lokasi kejadian dan kumpulan tersebut masih tidak berganjak di situ.



ini gaduh geng budak sekolah la ni
dah tak tahan kena tibai
baru nak report polis ...
 
ni mesti ada kes sesama diorg ni
kalau tak.takkan saje2 nak serang ni
 
Ramai budak nak jadi samseng. patut la kena ada ops cantass!
 
geng2 manir mmg ganah

bukan satu tempat sahaja
benda ni dah lama
bahkan semakin sukar untuk dibendung

selagi semua pihak tiada kesedaran ...
 
budak2 baru nak naik... lama2 dibiar jadi samseng.. samseng taik kucing..
 
geng bas sekolah!!haha..sekolah same tp bas laen2 kot...:)) :p
 
Back
Top
Log in Register