BTC USD 69,127.8 Gold USD 2,334.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa

Budak budak
Kalau semua besfren join dah tentu dia excited nak join jugak.
Betul la..mak bapak dan cikgu pun kena alert la budak ni ade sakit..bagi lari 1km sudah la..buat raso2..pastu bawak naik keta sampai penamat..lari lagi 500m..
 
Sponsored Post

Lari masuk rentas desa ni atas paksaan atau sukarela? Ada consent from parents tak? Biasanya untuk aktiviti luar sekolah, pihak sekolah akan keluarkan consent form untuk ditandatangani ibubapa sebab risiko tinggi. Terdedah kepada kemalangan lain
Kalau sekolah anak aku ada surat mak ayah kena sign.
 
Bukan paksaan pun.
Den pun tak pernah masuk merentas desa.

Lebih kepada esport je dulu.

Den memang selalu yo join merentas desa zaman sekolah menengah dulu
Biasa lah geng main bola
Boleh lah setakat nk top 20
Top 10 tak mampu la
Ramai padu
 

Pelajar maut merentas desa: Ibu bapa perlu maklum status kesihatan anak - JPNS​

RENTASXK_1713578662.jpg


Seremban: Ibu bapa atau penjaga diminta memaklumkan kepada guru atau pihak sekolah mengenai status kesihatan anak masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini ketika aktiviti kokurikulum di sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin berkata, dengan cara itu, pihak sekolah mendapat maklumat tepat dan dapat mengecualikan pelajar mempunyai masalah kesihatan daripada terbabit dalam kegiatan berkenaan.

"Apabila kita minta maklumat kesihatan, ada ibu bapa tidak memberikannya, mungkin beranggapan ia perkara biasa.

"Oleh itu, ibu bapa atau penjaga dan pelajar itu sendiri mesti memaklumkan kepada guru atau pihak sekolah mengenai status kesihatan (anak), mereka perlu secara jujur memaklumkan kepada guru," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang pelajar lelaki sekolah menengah di Kuala Pilah, dekat sini, yang meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, pagi semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, dilaporkan berkata, remaja berkenaan menyertai acara sukan anjuran sekolah itu bersama kira-kira 700 pelajar lain, kira-kira 8 pagi.

"Ia membabitkan larian sejauh tujuh kilometer (km). Kira-kira 9.30 pagi, ketika mangsa menghampiri garisan penamat, tiba-tiba dia dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri," katanya.

Difahamkan, guru yang berada di lokasi dikatakan memberikan bantuan pernafasan tetapi remaja berkenaan tiada tindak balas sebelum pihak sekolah menghubungi talian kecemasan 999.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register