NEMO
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 109,177
Paid Membership
- Joined
- Jan 13, 2007
- Messages
- 109,177
- Reaction score
- 1,046
- Points
- 1,101
BEIJING: Seorang pelajar kolej mengambil keputusan untuk berhenti belajar selepas memenangi loteri sebanyak lima juta yuan (RM2.2 juta) di bandar timur China, Nanjing.
Pelajar tahun dua di Institut Maritim Jiangsu yang hanya dikenali sebagai Yong bagi melindungi identiti beliau, adalah pemenang tunggal hadiah pertama dalam ‘Double Colour Ball’ yang dikeluarkan Loteri Kebajikan China Selasa lalu, lapor Beijing News.
“Selepas memenangi loteri, Yong memberitahu beberapa rakan sebiliknya bahawa beliau akan memberi 2,000 yuan kepada setiap seorang daripada mereka,” kata laporan itu.
Yong memaklumkan pihak berkuasa sekolah mengenai kemenangan beliau dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
“Kami tidak pasti sama ada dia akan kembali belajar tetapi kami harap dia akan menghabiskan pendidikannya,” kata guru Yong yang dipetik akhbar terbabit.
Parti Komunis menghapuskan loteri di China selepas berkuasa pada 1949 sambil menyifatkan ia sebagai amalan kapitalis. Bagaimanapun negara itu melancarkan loteri yang dikendalikan kerajaan pada 1987 berikutan perubahan pasaran.