BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar perempuan maut terjerut buaian

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
image.jpeg

ALOR SETAR - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas dipercayai terjerut di buaian di hadapan rumahnya di Kampung Alor Kumbang, Pendang, petang semalam

Mangsa, Nur Syahirah Mustafa, 14, sebelum itu dikatakan sedang baring di buaian yang dibuat daripada jaring, yang digantung di depan tiang rumahnya bersama anak saudaranya berusia setahun

Kakak mangsa, Norliza Mustafa, 37, berkata, sebelum kejadian adiknya sedang bermain dengan anaknya sebelum masuk ke rumah selepas anaknya menangis

"Sekitar 4.50 petang, adik bawa masuk anak saya yang sedang menangis dan dia keluar semula bermain di buaian

"Selepas 40 minit kemudian, bapa saudara saya masuk ke rumah dan beritahu adik terjerut di buaian," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah

Norliza berkata, dia membawa mangsa ke Hospital Yan tetapi telah disahkan meninggal dunia

"Adik seorang periang dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian. Dia bercuti selepas sekolah ditutup akibat cuaca panas," katanya

Sementara, Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 5.30 petang

"Bapa saudara mangsa tinggal bersebelahan rumah cuba kejutkan mangsa yang disangkakan tidur di buaian itu. Hasil pemeriksaan, doktor memberitahu terdapat kesan jerutan di leher mangsa," katanya

Mayat mangsa di dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kematian
 
bagaimana dia boleh terjerut
 
kena siasat betul2...
maybe ada unsur khianat
 
Buaian ke hammock?

Takziah kepada keluarga mangsa.
 
kalau terjerut pun..bole leraikan kot

dah 14 tahun

takziah kepada keluarga mangsa
 
aduh...bahaya gak..buai camane yee
 
Back
Top
Log in Register