BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar menengah mangsa ragut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Hassan (kanan) melihat kecederaan yang dialami Tariq Ahamed di bahagian lutut kiri serta bengkak di paha.
< 1 / 1 >
MERU - Demi memperoleh wang dengan jalan mudah, peragut kini tidak mengenal sasaran sama ada mangsa itu tua atau muda.

Kes ragut terbaharu apabila seorang pelajar tingkatan lima menjadi mangsa ragut di sekitar kawasan kediamannya di Taman Meru Utama, di sini kelmarin.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian lutut serta bengkak di bahagian paha selepas dia terjatuh ke tanah.

Mangsa, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Tariq Ahamed Abul Sattar, 17, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.55 petang ketika dia berjalan kaki seorang diri dari kediamannya di Jalan Mahang 1 untuk ke kedai runcit membeli top up.

“Sebaik tiba di hadapan sebuah tadika, muncul sebuah motosikal Modenas Kriss dinaiki dua lelaki dari arah belakang saya.

“Pembonceng berkenaan turun dari motosikal lalu terus menendang kedua-dua kaki saya.

“Akibat tendangan itu, saya terjatuh ke tanah. Rakannya pula menyerbu dan memegang kepala saya.

“Berlaku pergelutan antara saya dan kedua-duanya beberapa minit bagaimanapun saya gagal mempertahankan dompet dan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, dalam masa yang sama, lelaki itu terus merampas dompet dan telefon bimbit dari koceknya.

“Sebaik memperoleh habuan itu, kedua-duanya terus menaiki motosikal dan memecut laju meninggalkan saya terpinga-pinga seorang diri.

“Berikutan kejadian itu, saya mengalami luka kecil pada bahagian lutut dan bengkak pada paha malah saya turut lesap wang RM50 serta kad pengenalan dalam dompet itu.

“Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Meru sekitar jam 6.20 petang,” katanya yang juga anak saudara kepada Timbalan 2, Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP).

Sementara itu, Timbalan 2, GMP, S Hassan Kuthoos Syed Ahamed Kabeer berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang menimpa mangsa yang masih lagi pelajar sekolah.

“Saya harap pihak berkuasa dapat meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan Taman Meru Utama.

“Sehingga kini sudah lebih tiga kes ragut berlaku di kawasan itu. Saya harap kehadiran pihak berkuasa di kawasan itu akan mendatangkan ketakutan kepada peragut untuk melakukan jenayah itu,” katanya.
 
peragut semakin terdesak utk dapatkan duit, biasanya penagih dadah yg
berani buat kerja2 sebegini...
 
Back
Top
Log in Register