ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUANTAN - Keseronokan sekumpulan pelajar sekolah menengah di sini yang leka bermain snuker sementara menunggu sesi persekolahan mereka pada sebelah petang berakhir apabila premis pusat snuker di Jalan Air Putih itu diserbu polis, tengah hari kelmarin.
Serbuan kira jam 12.45 tengahari itu susulan maklumat dan pemantauan anggota Task Force Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) yang mendapati premis tersebut menjadi tumpuan pelajar sebagai tempat 'lepak' sementara menunggu waktu persekolahan sebelah petang bermula.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, penjaga premis berusia 63 ditahan kerana melanggar syarat lesen membenarkan remaja bawah umur berada di premisnya.
Menurutnya, 24 pelajar berusia 14 hingga 16 tahun itu juga dibawa ke balai.
"Serbuan itu dilakukan atas maklumat awam berhubung kehadiran pelajar sekolah di premis tersebut disyaki poteng sekolah.
"Hasil pemriksaan ke atas premis tersebut, kita dapati pusat snuker itu berlesen namun agak memeranjatkan apabila hampir kesemua pelanggan yang berada di situ terdiri daripada pelajar sekolah dan masih di bawah umur,"katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Abdul Aziz berkata, pihaknya bertindak menahan penjaga premis dari Jalan Beserah di sini untuk tindakan lanjut atas kesalahan melanggar syarat lesen yang dikeluarkan.
"Pelajar terlibat diserahkan kepada ibu bapa masing-masing setelah keterangan mereka diambil," katanya.