eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SUBANG JAYA: Tiga pelajar sebuah kolej swasta ditahan selepas pemeriksaan mendapati seorang daripada mereka memiliki senjata api ketika berada di parkir Sunway Pyramid di sini, malam kelmarin.
Semua pelajar terbabit pada mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu kira-kira jam 11.10 malam sebelum mereka ditahan polis bantuan yang bertugas.
Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata ketika menjalankan rondaan di tempat letak kereta pusat beli-belah itu, polis bantuan menemui kereta Suzuki Swift yang di dalamnya terdapat dua penumpang masing-masing lelaki dan wanita manakala seorang lagi lelaki berada di luar kenderaan.
“Lelaki yang berada di luar kereta itu dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum anggota berkenaan menjalankan pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan itu, polis menemui sepucuk pistol jenis Colt 45 dan lima butir peluru diselitkan di pinggang lelaki terbabit,” katanya.
Menurutnya, susulan itu, polis menahan semua mereka yang berusia antara 19 dan 21 tahun bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan awal, polis mendapati lelaki terbabit sudah tiga bulan memiliki pistol berkenaan dan mereka kini direman hingga 1 Jun.
“Kita masih menyiasat bagaimana lelaki terbabit memperoleh pistol berkenaan dan tujuan dia menyimpan senjata api terbabit,” katanya, semalam