BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar hilang ditemui mati

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pihak polis berkawal di Ladang High Craigton, Glasgow, di lokasi mayat ditemui.​

SCOTLAND - BRITAIN. Mayat wanita yang ditemui pihak berkuasa disahkan sebagai Karen Buckley yang dilaporkan hilang sejak malam Sabtu lalu.

Mayat tersebut dijumpai di sebuah ladang semalam berdekatan Glasgow, lapor portal Metro.co.uk hari ini.

Buckley, 24, yang merupakan pelajar aliran terapi di sebuah institut pengajian dilaporkan hilang selepas meninggalkan sebuah kelab malam.

Dalam pada itu, polis turut menahan seorang suspek berusia 21 tahun yang dipercayai mempunyai hubung kait terhadap kehilangan Buckley pada malam tersebut.

Salah seorang ahli keluarganya berkata, Buckley merupakan anak gadis yang sangat ceria dan suka melancong dan mengembara.

"Karen adalah satu-satunya anak perempuan kami. Dia selalu menceriakan suasana dalam keluarga dan sangat disayangi oleh rakan-rakannya.

"Kehilangannya memberikan kesan yang mendalam kepada kami semua. Kami semua akan merindukannya," katanya seperti yang dipetik menerusi portal tersebut.
 
Back
Top
Log in Register