Pelajar hilang ditemui mati lemas

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUANTAN: Mayat pelajar yang hilang ketika mandi bersama 11 rakannya di Pantai Balok di sini, semalam ditemui tersangkut di celahan batu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata mayat Mohd Azhar Fhaiz Mohd Azlan, 17, dari Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur ditemui pada jam 12.45 tengah hari oleh sekumpulan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kira-kira 100 meter dari tempat dia dilapor hilang.

Beliau berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, Mohd Azhar Fhaiz bersama rakan-rakannya mandi di pantai itu ketika bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Lima daripada mereka dihanyutkan ombak dan empat daripadanya diselamatkan orang ramai.

Sementara itu, abang mangsa, Mohd Azhar Alfirdaus, 22, berkata dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi seorang rakan adiknya, semalam.

"Arwah kata kepada saya dia ingin menghadiri kenduri di Sungai Buloh...namun saya redha dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui di HTAA di sini, hari ini.

Seorang rakan mangsa, Syed Mohd Haizat Syed Nasir, 20, yang turut lemas dalam kejadian itu berkata, ketika mandi, dia dibawa ombak kuat namun sempat berpaut pada sebuah batu besar.

"Saya dengar jeritan Mohd Azhar Fhaiz, tetapi apakan daya saya sendiri pun berjuang untuk menyelamatkan diri," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
takziah kepada keluarga allahyarham..al-fatihah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register