BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar ditahan menyamar penculik

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA TERENGGANU 7 Sept. - Gara-gara menyamar sebagai penculik, seorang pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini ditahan polis semalam kerana memeras wang tebusan.

Pelajar itu cuba menjadikan seorang bapa yang 'kehilangan' anak perempuannya dalam satu kejadian di Jalan Jerangau-Ajil, Hulu Terengganu pada 31 Julai lalu sebagai mangsa.

Ia ekoran mangsa yang membuat kenyataan di sebuah akhbar tempatan pada 5 September lalu memaklumkan bahawa anak perempuannya berusia 15 tahun telah diculik dan meminta bantuan orang ramai yang menjumpai anaknya itu menghubunginya melalui nombor telefon peribadi yang dipaparkan.

Pada malam yang sama, mangsa telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak RM7,000 bagi membebaskan anaknya itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, mangsa yang ragu-ragu dengan SMS berkenaan bertindak membuat laporan polis kerana anaknya itu sebenarnya bukan diculik seperti yang dilaporkan tetapi mengikut teman lelaki.

Katanya, ekoran itu, pihak polis menyiasat nombor telefon yang digunakan oleh suspek terbabit untuk memeras wang tebusan itu dan menemui ia didaftarkan atas nama seorang wanita yang merupakan kenalan suspek.

"Melalui wanita itu, suspek berjaya dikesan dan ditahan pada pukul 1.30 petang semalam di rumahnya di Teluk Pasu, Manir.

"Bagaimanapun hasil siasatan, suspek berkenaan tiada kaitan dengan kehilangan remaja 15 tahun itu namun dia bertindak demikian sekadar ingin mencuba dan mengganggu bapa remaja tersebut yang sedang mengalami masalah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
 
berani buat berani tanggung..budak ni xpernah nonton movie ka..tiru la biar profesional skit..kan dah kne cekup..**** tul hahahaha..mintak la 7k jer,klau 70k leh tahan hahaha... :D
 
betul ke tajuk hang niiii....fitnah weii hahaha
 
itule..belajar skola tinggi2..
tp ilmu tak tinggi..
ni mst banyak main time belajar..
~X(:(scam
 
Tak pasal kena masuk lokap..
nak buat fitnah tak jadi..
 
mmg patut ditahan..
ni kes cuba menipu..
 
Back
Top
Log in Register