BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar 'digusti' polis gara-gara SMS

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SOUTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar perempuan diangkat, dihempas dan dihumban keluar kelas oleh seorang polis hanya gara-gara tidak mahu menyerahkan telefon bimbit kerana kesalahan menghantar SMS semasa waktu pembelajaran, kelmarin.

Menurut laporan AP, pegawai polis tersebut, Ben Fields yang ditugaskan 'menjaga' Spring Valley High School kini digantung tugas tanpa bayaran untuk membantu siasatan.

Ketua polis Richland County menyifatkan tindakan Fields menyebabkan beliau 'mahu muntah'.

"(Video berkenaan) membuat saya loya dan mahu muntah. Namun, (video berkenaan) cuma memberitahu cerita sebelah pihak sahaja," kata Sheriff Leon Lott.

Kejadian tersebut menarik kritikan hebat dari pelajar-pelajar sekolah berkenaan dan para ibu bapa.

"Remaja tidak mahu menyerahkan telefon bimbit kerana mereka degil. Mereka bukan penjenayah!" tegas pengasas sebuah institusi hak asasi manusia dan kebebasan awam, John Whitehead.

"Polis sepatutnya menghalang anasir dari luar masuk ke dalam sekolah. Apabila polis berada di dalam sekolah, mereka pula mengambil tugas yang sepatutnya dijalankan oleh ibu bapa atau guru," kata Whitehead.

Difahamkan, pegawai polis berkenaan mempunyai sejarah menggunakan kekerasan melampau dan bersikap racis terhadap kaum.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/pelajar-digusti-polis-gara-gara-sms-1.445426
 
Kalau ada video dia baru boleh buat penilaian.
 
Back
Top
Log in Register