BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar buta bakal ke luar negara

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
GEORGETOWN - Buta mata, bukan buta hati. Itulah yang dibuktikan seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) di sini apabila dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Razlan Ibrahim Mukhtar yang mengalami masalah penglihatan akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang Inovasi Perniagaan dan Keusahawanan di sebuah universiti di Australia.

Sebelum ini pemuda berusia 21 tahun itu mendapat keputusan cemerlang ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis dalam bidang perniagaan.

Razlan Ibrahim berkata, menjadi impiannya untuk belajar ke luar negara dan tidak menyangka akan tercapai tidak lama lagi dengan bantuan masyarakat yang prihatin.

Menurutnya, Julai lalu, setelah menerima tawaran dari universiti luar negara, dia berasa gelisah kerana bimbang tidak dapat menerimanya akibat kos pembelajaran yang begitu mahal.

"Tetapi tidak sangka, ramai yang tampil dan membantu saya sehingga membolehkan saya menimba ilmu di negara orang," katanya.

Selain orang perseorangan, Razlan yang juga sukarelawan di sekolah cacat penglihatan, St Nicholas Home turut menerima bantuan biasiswa daripada Maxis sebanyak RM330,000.

Dia berterima kasih kepada Presiden Persatuan Taman Botani Pulau Pinang, Datuk Tengku Idaura Tengku Ibrahim atas bantuan diberikan.

Menurutnya, dia berazam untuk membantu kumpulan kurang upaya setelah pulang dari luar negara.

"Saya juga ingin membuktikan kepada orang lain bahawa golongan seperti saya juga mampu memperoleh kejayaan.

"Selain itu, saya mahu orang fikirkan kepada kebolehan saya bukannya kepada kelemahan, jadi itu akan memberi kekuatan kepada saya," katanya.

Razlan Ibrahim turut dikunjungi Adun Pulau Tikus, Yap Soo Huey.
 
Back
Top
Log in Register