BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar amuk bakar kampus

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


CHUKAI – Kampus Ranaco Education & Training Institute (RETI) gempar apabila seorang pelajar tiba-tiba mengamuk mencederakan enam pelajar lain sebelum bertindak membakar bangunan kampus itu menyebabkan 27 pelajar dan seorang kakitangan institusi itu terperangkap, kelmarin.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 9.20 pagi dan sebaik siren dibunyikan, seramai 1,500 pelajar dan kakitangan yang lain segera berkumpul di hadapan bangunan utama kampus untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Hasil tindakan cepat pihak polis yang segera tiba di lokasi kejadian sebaik dihubungi, pelajar yang mengamuk berjaya ditangkap kira-kira jam 9.36 pagi, namun situasi agak cemas kerana bangunan itu turut dibakar pelajar terbabit.

Bagaimanapun, insiden itu hanya simulasi yang dilakukan dalam latihan respons kecemasan kes amuk oleh RETI bagi menguji semua petugas, pelajar dan kakitangan serta agensi jika berlaku kes seumpama itu di kampus.

Selain 1,500 pelajar dan staf RETI, latihan itu melibatkan 18 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, 10 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan lapan pegawai, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman serta pihak Hospital Kemaman.

Ketua Pegawai Eksekutif RETI, Kapten Dr Ramlan Ramli berkata, sesi latihan itu melakar rekod tersendiri kerana pelajar dan kakitangan RETI hanya mengambil masa lima minit untuk keluar dari bangunan dan berkumpul.

“Kita adakan sesi latihan melibatkan agensi luar ini setahun sekali dan untuk masa akan datang, kita akan adakan secara lebih realistik bagi menguji tahap kecekapan semua pihak,” katanya selepas selesai sesi latihan berkenaan yang turut disertai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Inspektor Mohd Khairi Abdullah.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mat Zakri Che Long berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih banyak pihak mengadakan sesi latihan seperti itu, kerana ia juga menguji kecekapan pegawai bomba.

“Kita sediakan bantuan dengan sepenuhnya dan untuk latihan ini, dua pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai bergegas ke lokasi kejadian iaitu pasukan pemadaman dan



sumber:http://www.sinarharian.com.my/pelajar-amuk-bakar-kampus-1.178812
 
lor..ganas dorang ni....bakar balik ar...ape ade hal
 
simulasi rupanya..peh mmg real diorg buat hehe..

ingatkan lan todak punya pengaruh
 
kt kampus ak menyampah btol tgk org pakai jeans pstu pakai tie..

pernah jumpa grad student pakai mcm ni pg interview..terbiasa sgt dgn attire mcm tu agaknya kena sound terus balik
 
tu lah.. kata simulasi, tapi sampai pelajar cedera dan bakar bangunan tu yang macam pelik tuh.. haha
 
latihna la rupanya
adoi abes tu rugi ar bangunan terbkr
 
Back
Top
Log in Register