BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan KWSP - Halal ke?

MasterZen

Super Active Member
Messages
5,563
Joined
Nov 8, 2006
Messages
5,563
Reaction score
191
Points
73
Memandangkan majlis fatwa dah pun kata internet investment tu haram... aku rasa elok gak kalau kita tngk surat drpd KWSP ni - jawapan dorang tentang ke mana duit KWSP tu dilaburkan.

Renung-renungkanlah... dunia penuh pancaroba! Malaysia Boleh...

kwsp1.jpg
kwsp2.jpg

Kalau dpt dibincangkan secara ilmiah baguih jugak nie...
 
fatwa dah dikeluarkan ... TIDAK boleh digunakan untuk melaksanakan haji ... dari kecik lagi aku tau ASB haram ...
 
Berat kalu camni...

Sana haram... sini haram!

Projek kerepek kentang online kena perlu disegerakan kalu camni.
 
Majlis Fatwa haram pameran hantu, pelaburan internet
Oleh Baharom Bakar

KUALA TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan sebarang pelaburan melalui internet yang menjamin keuntungan secara tetap serta pameran jin, hantu dan keranda adalah haram.


Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata skim pelaburan seumpama itu, seperti yang ditawarkan Swiss Cash Mutual Fund, didapati mengandungi unsur riba.

Beliau berkata, berdasarkan rujukan beberapa ayat al-Quran, majlis itu mendapati pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap tidak dibenarkan.

"Kita menasihatkan umat Islam yang membuat pelaburan melalui internet supaya menghentikannya serta-merta.

“Masih banyak skim pelaburan berlandaskan Islam yang disediakan kerajaan, boleh disertai umat Islam,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah ke-77 majlis itu di sini. Muzakarah tiga hari bermula Selasa lalu itu disertai semua mufti.

Skim pelaburan itu menjadi isu selepas Pejabat Mufti Perlis memutuskannya haram dan Johor serta Terengganu pula meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji dan mengeluarkan fatwa mengenainya.

Mengenai pameran jin, hantu dan keranda yang dianjurkan sebuah syarikat, Abdul Shukor berkata, ia ditegah kerana boleh memudaratkan akidah umat Islam.

“Perkara ghaib tidak boleh dicapai (akal fikiran) manusia dan kita tidak mahu umat Islam dididik dan disogok dengan tahyul serta boleh menjurus ke arah kurafat," katanya.



Beliau berkata, keputusan majlis itu akan dikemukakan kepada semua kerajaan negeri untuk diwartakan.

"Hanya kerajaan negeri berkuasa mengambil tindakan, terutama berkaitan pameran jin, hantu dan keranda," katanya.

Pameran itu yang kini diadakan di Muzium Negeri Sembilan, sebelum ini mendapat teguran Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kerana disifatkan tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat.

Mengenai keresahan umat Islam berhubung penggunaan ayat al-Quran dan azan pada nada dering telefon bimbit, Abdul Shukor berkata, majlis itu memutuskan tiada halangan bagi menggunakannya.

Bagaimanapun, Abdul Shukor mengingatkan umat Islam supaya menggunakannya di tempat sesuai.

Muzakarah kali ini turut mencapai kata sepakat untuk menerima pakai keputusan muzakarah ke-44 pada 25 Jun 1998, berhubung penggunaan nama saudara baru, iaitu nama itu hendaklah tidak berunsur lucah dan memberi makna yang sesuai dan baik.

“Perlis juga bersetuju pada prinsipnya. Mereka hanya berbeza sedikit iaitu masih mengekalkan bin atau binti bapa yang bukan Islam itu,” katanya merujuk keputusan Majlis Fatwa Negeri Perlis melarang orang bukan Islam yang memeluk agama Islam, menukar nama kepada ‘bin atau binti Abdullah’, sebaliknya mereka wajib mengekalkan nama bapa atau keturunan mereka.

INFO
Keputusan Majlis Fatwa

# Skim pelaburan melalui internet didapati mengandungi unsur riba.

# Pameran jin, hantu dan keranda boleh memudaratkan akidah umat Islam.

# Tiada halangan guna ayat al-Quran dan azan pada nada dering telefon bimbit, namun perlu pastikan tempat sesuai agar tidak mencemar kesucian ayat al-Quran.

# Menerima pakai keputusan muzakarah ke-44 berhubung penggunaan nama saudara baru hendaklah tidak berunsur lucah dan memberi makna yang sesuai dan baik.
 
Berat kalu camni...

Sana haram... sini haram!

Projek kerepek kentang online kena perlu disegerakan kalu camni.

mcm mengeluh aje jadi orang islam ...

**notakaki - cakap stail uncle seekers .." dato' ni islam ke ??"
 
mcm mengeluh aje jadi orang islam ...

**notakaki - cakap stail uncle seekers .." dato' ni islam ke ??"

Fuh... perli nampak bro!

Yg aku maksudkan kat mesia ni hukum x diseragamkan... ada yg boleh... ada yg x boleh walaupun sama aje terang-2 salah! Peace...

DaripadaNya aku datang... KepadaNya aku kembali!
 
patutla skang bnyk gejala sosial yg timbul...
psl dok makan bnda2 mcm ni laa...
isk..isk..isk...
 
patutla skang bnyk gejala sosial yg timbul...
psl dok makan bnda2 mcm ni laa...
isk..isk..isk...

salah satu faktor utama otak jadi sembab ialah pemakanan yang tidak halal, bila makan makan dari sumber haram maka darah daging juga jadi haram, air mani dijadikan dari sumber darah kita, maka keturunan kita juga akan terkena tempias itu....kata orang dulu2, aku hanya menyamapaikan je...
 
Fuh... perli nampak bro!

Yg aku maksudkan kat mesia ni hukum x diseragamkan... ada yg boleh... ada yg x boleh walaupun sama aje terang-2 salah! Peace...

DaripadaNya aku datang... KepadaNya aku kembali!

walaupun negara kita ni ramai pemerintahnya Islam, walaupun PM kita berlatar belakangkan kuat agama tapi masih tidak mampu untuk menegakkan islam.

jadi terpulang kepada kita sebagai individu islam untuk menilai halal dan haram ... pengumuman Majlis Fatwa adalah merupakan salah satu panduan untuk kita menentukan hala tuju sebagai seorang islam ... kita pun sedia maklum Majlis Fatwa islam tidak mempunyai kuasa untuk memaksa kerajaan untuk menghentikan sebarang aktiviti yang diistiharkan haram.

kesimpulannya kalau dah tau babi tu haram tapi kalau rasa nak makan jugak ... suka hati anda lah ... jgn ajak aku sudah ...
 
Back
Top
Log in Register