BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelabur melihat tempoh panjang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohd. Redza Shah​

KUALA LUMPUR 17 April - Pelabur luar tetap mempunyai keyakinan terhadap sukuk terbitan kerajaan Malaysia walaupun pelbagai laporan negatif berkait ekonomi negara diuar-uarkan terutama menerusi media sosial.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, sekalipun sukuk tersebut diterbitkan selepas empat tahun, namun ia sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelabur luar hingga menimbulkan permintaan yang tinggi.

“Ini menunjukkan bahawa sukuk Malaysia memiliki kualiti yang tinggi dan ditunggu oleh pelabur. Ketidaktentuan nilai ringgit pada masa sekarang juga tidak diambil kira oleh pelabur kerana mereka melihat ekonomi Malaysia dalam tempoh jangka masa panjang dan bukan apa yang berlaku hari ini.

“Malah, secara tidak langsung membuktikan bahawa pengurusan ekonomi Malaysia berada pada tahap yang baik dan tidak seperti dihebahkan yang mana ia tidak signifikan kepada kadar jangka panjang ekonomi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terbitan tersebut merupakan sukuk dalam denominasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang keempat bagi kerajaan Malaysia berikutan kejayaan penerbitan sukuk global pada 2002, 2010 dan 2011.

Hasil terbitan sukuk itu akan digunakan oleh kerajaan untuk kegunaan am yang patuh syariah, khususnya bagi penebusan Sijil Amanah 1Malaysia Sukuk Global Berhad berjumlah AS$1.25 bilion (RM4.59 bilion) yang akan matang pada Jun 2015 serta membiayai perbelanjaan pembangunan.

Kerajaan berjaya menerbitkan sukuk berjumlah AS$1.5 bilion (RM5.51 bilion) dengan tempoh matang 30 tahun dan merupakan tempoh matang terpanjang dalam sejarah sesebuah kerajaan.

Terbitan sukuk itu melibatkan AS$1 bilion (RM3.67 bilion) bagi Sijil Amanah bertempoh matang 10 tahun manakala Sijil Amanah penanda aras bertempoh matang sebanyak AS$500 juta (RM1.84 bilion).

Di bawah transaksi terbitan sukuk berkenaan, sukuk tranche (bahagian) 10 tahun telah diagihkan kepada pelabur Asia Barat iaitu 24 peratus, Asia (50 peratus), Eropah (16 peratus) dan Amerika Syarikat (10 peratus), manakala sukuk tranche (bahagian) 30 tahun diagihkan kepada pelabur Asia Barat (dua peratus), Asia (50 peratus), Eropah (19 peratus) dan Amerika Syarikat (29 peratus).

Mohd. Redza yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad menyifatkan terbitan sukuk itu juga membuktikan keyakinan daripada pelabur terhadap ekonomi Malaysia yang teguh dan mapan.

“Pada masa sama, ia menzahirkan keyakinan pelabur terhadap sukuk Islam dan pasaran global Islamik,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register