BTC USD 81,664.2 Gold USD 4,175.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PEKIRA vs PPIM

adahal yang aku setujulah. ppim ni patutnya lebih bijak atur strategi. utamakan dulu untuk dapat balik duit mangsa, baru penjarakan scammer. dengan lawyer yang ramai, takkan takleh nak faham kot.
 
Perkira ni dok kira nk ampu dan jilat kerajaan je.....ppim semua dia bantai
 
ni perangai serupa mcm jamal pak tongkol jugak ke baik sikit?
 
Pekira tumpu isu usahawan, anak muda

image.jpg


KUALA LUMPUR 20 Jun - Perkembangan suasana politik tempatan terus mencuri perhatian umum apabila sebuah lagi parti politik iaitu Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) ditubuhkan.


Parti yang berteraskan kepada perjuangan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) itu memfokus kepada isu-isu dihadapi oleh golongan usahawan khususnya dalam kalangan belia bawah 40 tahun yang didakwa dipandang sepi oleh parti-parti lain.


Presiden Pekira, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, penubuhan parti itu juga adalah rentetan daripada desakan ahli-ahli Ikhlas dari seluruh negara sendiri yang mahukan sebuah parti alternatif untuk membela golongan tersebut.


Katanya, parti itu secara dasarnya menyatakan sokongan kepada kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).


“Kami akan memberi tumpuan kepada isu-isu usahawan dan juga golongan muda. Sejak 10 tahun turun padang saya dapat lihat, nilai masalah yang dihadapi oleh golongan ini, ada yang terbela oleh parti politik dan ada juga terabai, tetapi mereka datang dan percaya kepada Ikhlas.


“Dari situ, saya nampak sokongan yang diberikan. Kami komited membantu menangani kos sara hidup rakyat, khususnya usahawan serta belia,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Redzuan memberitahu, parti itu telah didaftarkan secara dalam talian pada Mei lalu dan sedang menunggu kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Katanya, selain daripada ahli Ikhlas sendiri, keahlian parti itu memberi tumpuan kepada pengundi-pengundi atas pagar. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pekira-tumpu-isu-usahawan-anak-muda-1.495341#ixzz4yeyju1Wp
© Utusan Melayu (M) Bhd

baru daftar ONLINE mei..
tapi dah 10tahun turun padang..
kat baju ada lambang 1najib..
NGO 1spesis dengan geng jamal ni *facepalm*
 
ala..dia jeles tu..pekira tak top macam ppim..pastu pekira ni ade telo ngan bangsa sendiri..dgn cayanun batang pun tada..respect ppim..
 
rakyat boleh nilai sendiri siapa yang buat keje siapa yang tak.
berbaju korporat bagai isu rakyat tak nampak muka pun.

time mintak peruntukan mesti laju je.
 
Back
Top
Log in Register