BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja dipecat kerana Facebook

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_09.1.jpg


LONDON - Seorang pekerja wanita tidak menyangka dia akan dipecat selepas mendedahkan keluhannya di laman web Face- book berhubung suasana di tempat kerja- nya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang dikenali sebagai Lindsay terlupa dia pernah memasukkan nama seorang lelaki dengan panggilan Brian yang sebenarnya ialah ketua di tempat kerjanya sebagai antara rakan dalam laman tersebut baru-baru ini.

Lindsay menulis dalam Facebook: "Oh Tuhanku. Aku benci dengan tugasku!"

Beberapa jam kemudian, Brian membalas mesej itu yang menunjukkan Lindsay sudah dipecat.

Sebelum ini seorang gadis berumur 16 tahun turut dipecat oleh majikannya di Britain kerana menulis keluhannya yang berasa bosan bila berada di tempat kerja. - Agensi
 
sekali tersilap tempat utk meluahkan perasaan....:p:p:)
 
mana2 majikan pun bengang kalau dpt tau camni..
 
boss dia 'gay' sebenarnya....24 hours notice berenti....:p
 
ini bgus.oleh itu jgn men facebook...
 
men facebook tapi biar berpadah padah..facebook ada pro n con..so pandai2lah guna
 
Hari ada pembunuh kena tangkap sebab cerita bab dia bunuh sapa tah kat facebook gak
 
erm..bagi aku bos dia x profesional..:)
 
Back
Top
Log in Register