BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja asing perlu berdisiplin

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

LEE LAM THYE​

KUALA LUMPUR 19 April – Pekerja asing yang diberi peluang bekerja di negara ini perlu mengamalkan disiplin tinggi bagi mengelak timbul masalah dari segi keselamatan, kesihatan serta sosial masyarakat setempat apabila tinggal di rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dari aspek hak asasi manusia, soal kebersihan dan kesihatan merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian tidak kira walau dari negara mana pekerja itu.

“Dalam masa yang sama, sudah menjadi tanggungjawab pemaju untuk memastikan pekerja mereka mendapat tempat tinggal yang baik dan tidak mendatangkan masalah.

“Selain itu, menjadi tanggungjawab pekerja juga untuk menjaga pergaulan mereka agar tidak menjadi punca kepada masalah sosial dan supaya tidak terjebak dalam sebarang kes jenayah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk tidak membenarkan rumah kongsi pekerja asing dalam kawasan tapak pembinaan kerana didapati membawa pelbagai ancaman dan kebimbangan kepada keselamatan, kesihatan dan sosial masyarakat setempat.

Pihaknya juga sedang memperincikan pelaksanaan larangan itu termasuk mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat pembinaan utama agar dapat menyediakan penempatan yang lebih teratur dan tersusun kepada pekerja asing mereka.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, kos pihak pemaju akan meningkat kerana perlu mencari penempatan yang lebih sesuai.

“Pemaju atau majikan juga perlu menyelesaikan masalah lain seperti pengangkutan untuk membawa pekerja asing ke kawasan pembinaan dan menghantar mereka pulang ke rumah.

“Jadi, bagi mengatasi perkara ini, pihak kerajaan, pemaju dan juga pekerja asing itu sendiri perlu saling bekerjasama dalam memastikan kesemua aspek keselamatan, kesihatan dan sosial dapat diatasi,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register