BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pejalan kaki tak pernah serik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PUCHONG – Beberapa kes kematian yang pernah dilaporkan berlaku di Lebuhraya Bukit Jalil di sini sebelum ini tidak menjadi pengajaran apabila seorang lagi menjadi korban ketika cuba melintas lebuh raya itu, di kilometer 1.6 di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa warganegara Bangladesh yang masih tidak diketahui identitinya maut serta-merta selepas dirempuh dan diseret sebuah kenderaan sebelum tercampak di bahu jalan berdekatan simpang masuk ke Bandar Kinrara.

Jurucakap polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berkata, tindakan lelaki terbabit yang melintas lebuh raya mengundang padah apabila diseret beberapa meter sebelum tercampak di tepi pengadang besi lebuh raya.

“Mangsa ditemui mukanya tersembam oleh penunggang motor yang melalui jalan itu.

“Akibat kecederaan parah dan patah tangan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian,”katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-89422222 atau 016-9055595 untuk bantu siasatan.



sumber: http://www.sinarharian.com.my/jenayah/pejalan-kaki-tak-pernah-serik-1.19971
 
manusia skang perasan badan kebal kot..
 
main ikut suka ati saja nak cari jln pintas....sudahnya nyawa melayang
 
biase lepas..kali nie je x lepas..
 
Haduuuu... Saja aje nk menempah maut..
 
biasanya pejalan kaki di malaysia ni hanyalah warga asing jerk hahahaha
 
Banyak tengok cite the flash la ni
bajet laju lintas jalan berdesup
 
Back
Top
Log in Register