BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pejabat Pos Mini Dabong dibuka semula

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pos Malaysia​

KUALA LUMPUR - Pos Mini Dabong (Pejabat Pos Mini) di Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir besar pada Disember tahun lepas, dibuka semula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Azlan Shahrim berkata pembukaan semula pos mini itu membolehkan orang ramai mendapat perkhidmatan seperti biasa.

"Sesetengah premis kami ditenggelami banjir, ada juga cawangan kami termasuk Pos Mini yang tidak beroperasi langsung seanjang tempoh (banjir) itu.

"Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang kami daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami mengumpul dan menghantar surat-surat walapun terpaksa mengayuh sampan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga menyumbangkan RM100,000 kepada Pos Malaysia untuk membaiki infrastruktur yang terjejas.

"Bagi pihak Pos Malaysia, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan SKMM yang tampil memberikan bantuan termasuk kepada para operator Pos Mini yang kehilangan pendapatan akibat banjir," kata Azlan.

Pada majlis pelancaran semula Pos Mini Dabong semalam, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pos dan Tandatangan Digital SKMM Mohamed Zaidi Abdul Karim menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada setiap 18 operator Pos Mini yang terjejas.

Pos Malaysia, yang memiliki rangkaian runcit paling meluas dengan lebih 1,000 cawangan dan wakil di seluruh negara, terjejas teruk semasa banjir Disember lepas, yang dianggap paling buruk dalam sejarah negara. - Bernama
 
selamat bertugas kembali pada staff2 pejabat pos Dabong :)
 
Back
Top
Log in Register