ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Air Asia
SELEPAS hampir tujuh bulan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) beroperasi, akhirnya syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia Berhad (AirAsia) mengumumkan bahawa pejabat baharunya di KLIA2 akan siap Jun 2016.
Sebelum ini, AirAsia didakwa mahu mengekalkan pejabat korporatnya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sekurang-kurangnya setahun lagi, menyebabkan kelewatan dalam rancangan pengendali LCCT dan KLIA2, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menjadikan LCCT sebagai hab logistik dan kargo global tahun ini.
AirAsia turut didakwa berdepan dengan masalah pembiayaan untuk membina pejabat baharunya di KLIA2 sehingga menyebabkan mereka terus menghuni pejabat korporat di LCCT.
Semalam, AirAsia telah merasmikan majlis pecah tanah ibu pejabat baharu itu di KLIA2, yang mana pembinaan itu bermula bulan depan.
Ibu pejabat yang akan dikenali sebagai RedQ itu meliputi kawasan lantai kasar seluas 613,383 kaki persegi dan setinggi enam tingkat dengan kos pembangunan RM140 juta.
Ia akan menempatkan pejabat korporat dan bahagian operasi bagi AirAsia dan AirAsia X, yang kini ditempatkan berasingan di Terminal LCC dan pejabat operasi sementara di gateway@klia2, termasuk kakitangan yang menyelia operasi global AirAsia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, perjalanan awal AirAsia bermula dari Lapangan Terbang Subang semasa mula beroperasi, diikuti dengan KLIA, Terminal LCC dan kini KLIA2.
"Kami berjaya berkembang dengan pesat daripada sebuah syarikat penerbangan yang kecil sehingga menjadi peneraju utama industri penerbangan di negara ini. Kini, keluarga AirAsia semakin bertambah bilangannya dan pembinaan ibu pejabat baharu ini amat ditunggu-tunggu," katanya.
Bangunan korporat AirAsia itu mempunyai reka bentuk yang moden dan akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, bilik-bilik mesyuarat, kafeteria, ruang istirehat untuk kru penerbangan, gimnasium dan ruang bumbung yang berfungsi sebagai tempat untuk acara-acara korporat dan dalaman, serta mampu menampung kira-kira 2,000 kakitangan.