TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR - Selepas setahun selesa bersama Pang Cheh Chang, beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui perlu kembali ke pangkuan Rexy Mainaky untuk menghadapi kempen Sukan Olimpik 2012, keputusan yang agak mengejutkan tetapi diterima baik oleh beregu wanita negara itu.
Mengakui, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan Rexy yang berbeza dengan Cheh Chang, namun tempoh 11 bulan menjelang Temasya London 2012 masih relevan untuk perubahan dilakukan dan membantu pasangan itu memperbaiki ranking dunia daripada kedudukan ke-26 ketika ini.
Bagaimanapun tegas Pei Tty, perubahan besar tidak boleh dilakukan dalam program latihan mereka, jika tidak mampu proses kelayakan ke Olimpik terganggu, dan perkara itu akan dibincang dengan Rexy sebaik mereka berpeluang bertemu dalam masa terdekat.
"Memang kami pernah berlatih dengan Rexy sebelum ini tetapi sudah setahun kami berpisah sejak saya mengalami kecederaan panjang. Dalam tempoh setahun ini, Pang adalah jurulatih kami dan corak latihannya berbeza dengan Rexy.
"Sekarang, kami memerlukan masa untuk kembali menyesuaikan diri dengan corak latihan Rexy, tetapi ia bukan masalah besar kerana Sukan Olimpik masih panjang. Baik Rexy mahu pun Pang ada kekuatan masing-masing, jadi kami akan cuba menggabungkan kedua-dua elemen untuk membentuk gandingan yang lebih mantap,'' ujar Pei Tty.
Kata Pei Tty, 29, corak latihan Cheh Chang lebih berorientasikan skil dan taktikal, pada ketika Rexy menekankan aspek pergerakan dan pukulan.
Di bawah bimbingan Rexy, pasangan wanita utama negara ini pernah bergelar beregu No. 1 dunia pada 2009 dan menjuarai beberapa kejohanan utama seperti, Terbuka Denmark, Indonesia dan Siri Super Masters Akhir pada tahun yang sama.
Bagaimanapun kecemerlangan mereka terbantut apabila Pei Tty terpaksa menjalani pembedahan lutut pada September, 2010 memaksanya berehat panjang. Dia terlepas banyak kejohanan utama, termasuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia, menyebabkan ranking bersama Eei Hui jatuh merudum.
Pei Tty-Eei Hui menunjukkan perkembangan baik selepas kembali bersama pada April lalu, dengan muncul naib juara Grand Prix Emas Terbuka Australia dalam penampilan pertama, sebelum melangkah ke suku akhir Siri Super Terbuka India dan Indonesia.
Mereka tersingkir di pusingan kedua Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Siri Super Terbuka Singapura dan Kejohanan Dunia, selain membawa cabaran negara pada Piala Sudirman. Kejohanan terdekat pasangan ini adalah China Masters minggu depan.
"Saya tidak pasti sama ada Rexy akan ikut ke China Masters minggu depan atau tidak kerana dia perlu memohon visa tetapi ia mungkin peluang baik kalau dia dapat ikut kami.
"Sekarang ini, kami cuma mahu semuanya diselesaikan dengan segera untuk memberi tumpuan kepada persiapan Olimpik. Tidak kira, ia adalah Pang atau Rexy, matlamat dan misi kami tidak akan berubah,'' kata Pei Tty lagi, yang tidak akan mempertahankan pingat emas Sukan SEA hujung tahun ini selepas digugurkan daripada temasya di Indonesia itu.