balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Ismail patah hidung ketika bergelut dengan penjenayah dalam serbuan pada Hari Deepavali di Balai Besar, pagi semalam.
< 1 / 1 >
BALAI BESAR – Seorang pegawai polis patah hidung ketika cuba menahan seorang pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah yang dipercayai makmal mini untuk membungkus dadah pada Hari Deepavali, dekat sini, pagi semalam.
Dalam operasi khas kira-kira jam 11.30 pagi itu, Sub Inspektor Ismail Omar dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dikatakan cuba menahan suspek yang cuba lari.
Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dan menyiku Ismail sehingga menyebabkan bekas Pemangku Ketua Balai Polis Paka itu cedera di muka dan hampir pitam, sebelum rebah dengan keadaan darah membasahi mukanya.
Rakan setugasnya yang melihat tindakan ganas suspek dipercayai menjadi buruan polis sejak beberapa bulan lalu itu, kemudian segera memberikan bantuan lalu menahan suspek.
Hasil pemeriksaan ke atas suspek yang bekerja sambilan di tapak projek dekat Paka dan turut mempunyai rekod lampau kes memiliki dadah itu menemui beberapa paket dipercayai syabu dan pil kuda di dalam beg sandangnya, yang dianggarkan bernilai lebih RM3,000.
Ismail yang dibawa ke Hospital Dungun, disahkan patah tulang hidung dan diarah menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Dalam serbuan itu, isteri suspek berusia 30 tahun turut ditahan kerana kesalahan dadah.
Menurut wanita terbabit yang pernah beberapa kali ditahan polis atas kesalahan sama, dia terjebak dengan penyalahgunaan dadah sejak beberapa tahun lalu ketika bersama bekas suami yang pertama dan kedua.
Katanya, dia yang baharu sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami ketiganya itu turut menjual kuih di kantin sekolah untuk menyara hidup, namun sebahagian pendapatannya terpaksa dibelanjakan untuk membeli dadah.
Namun, dia mengakui mempunyai niat untuk meninggalkan tabiat menagih dadah, namun cubaannya tidak berhasil kerana dipengaruhi suaminya yang juga difahamkan pengedar dadah kecil-kecilan.
Selain pasangan terbabit, empat lagi suspek turut ditahan dalam serbuan berasingan di lokasi lain berdekatan rumah terbabit, selepas didapati positif morfin.
Pasangan suami isteri bersama empat lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan dan pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.