BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Pegawai' curi duit

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MELAKA: “Saya terkejut apabila wanita itu muncul di dapur rumah tanpa memberi salam dan terus duduk sambil bertanyakan nama ibu tunggal tidak dikenali,” kata Siti Rafeah Ithnin, 71, yang kehilangan hampir RM500 selepas ditipu seorang wanita berusia 20-an menyamar pegawai kebajikan dalam kejadian Isnin lalu.
Menceritakan kejadian itu, Siti Rafeah dari Kampung Alai, di sini, berkata kejadian berlaku antara jam 9.30 hingga jam 11 pagi apabila seorang wanita masuk ke rumahnya sebelum bertanyakan seorang ibu tunggal bernama ‘Habsah’.


Menurutnya, dia terkejut wanita tidak dikenali itu masuk ke rumahnya dan kemudian bertanya siapa dirinya serta apa tujuan kedatangannya.


Katanya, selepas duduk, wanita terbabit terus bertanyakan nama seorang ibu tunggal tetapi dia memberitahu tidak mengenali orang dicarinya.


“Sejurus itu, wanita terbabit bertanyakan sama ada saya ibu tunggal dan pernah mendapat bantuan atau tidak tanpa menimbulkan sebarang perasaan syak wasangka.


“Wanita itu mengeluarkan pen serta kertas dan mula menulis sambil bertanyakan saya tinggal dengan siapa. Dia kata nanti dia tolong dapatkan RM500 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Menurut mangsa, wanita terbabit turut bertanyakan sama ada dia mempunyai baju hitam berbunga putih, sebelum memberitahu tiada tetapi `pegawai’ terbabit mendakwa mahu mengambil gambarnya sambil meminta mencari dalam bilik. Katanya, wanita terbabit turut membantu mencari di dalam almari, tetapi dia bertegas memaklumkan tidak mempunyai baju berkenaan, namun tidak diendahkan.


“Selepas beberapa minit, kami keluar dan wanita berkenaan bertanyakan pula sama ada saya mempunyai jubah boleh dipakai untuk diambil gambar, tetapi selepas mengenakan jubah, dia meminta menunggu sebentar dengan alasan mahu mengambil kamera di dalam Perodua Kancil berputih.


“Saya menunggu hampir 30 minit tetapi wanita berkenaan tidak muncul sebelum memeriksa beg duit atas meja di ruang dapur dan terkejut RM486.50 hilang.


“Menyedari wang tunai dalam beg lesap, saya lemah berikutan wang itu diberi anak lelaki untuk belanja harian,” katanya. Dia berkata, anak lelakinya membuat laporan kejadian di Balai Polis Kandang pada hari sama.
 
Sekarang ni memang sukar nak percaya orang yg tak dikenali...even muka org tu nampak cam suci bersih pun...disebabkan segelintir manusia cenggini la org yg betul2 berniat baik pun dipandang serong..moral of story pintu hendaklah sentiasa berkunci..
 
tu la biar pintu rumah terbuka. bukan pintu je. mesti pagar pun tak tutup.

time pepagi ~ tengahari ramai orang gila berkeliaran. masuk rumah sesuka hati minta duit la. jual itu ini.

bahaya. nasib tak jadi ape2 kat orang tua tu. syukur la duit je dia amik.
 
tu la biar pintu rumah terbuka. bukan pintu je. mesti pagar pun tak tutup.

time pepagi ~ tengahari ramai orang gila berkeliaran. masuk rumah sesuka hati minta duit la. jual itu ini.

bahaya. nasib tak jadi ape2 kat orang tua tu. syukur la duit je dia amik.

rumah skrg kena slalu tutup la
ramai pencuri d siang hari skrg
 
Back
Top
Log in Register