BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai cukai minta rasuah dapat ular

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
LUCKNOW: Dua petani yang sudah bosan kerana asyik diminta memberi rasuah, bertindak membawa tiga beg berisi ular sebelum membukanya di sebuah pejabat cukai menyaksikan keadaan kecoh kerana kemunculan reptilia itu.

Mereka meminta rekod cukai tanah mereka di kampung berdekatan Narharpur, tetapi pegawai cukai menahan fail mereka selama beberapa minggu dan meminta rasuah.
Polis masih menjejaki petani itu yang dikenali sebagai Hukkul Khan dan Ramkul Ram. Khan adalah penjinak ular.
Kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies, termasuk sekurang-kurang empat jenis ular tedung berbisa menjalar di pejabat itu.

“Kehadiran ular itu menyebabkan kerani dan penduduk di dalam pejabat melompat ke atas meja atau bergegas keluar kerana ketakutan dalam kejadian di Basti, kira-kira 300 kilometer tenggara Lucknow,” kata pegawai negeri Uttar Pradesh, Ramsukh Sharma.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian petang kelmarin. Polis dan pegawai hutan kemudian menangkap haiwan itu. – AP


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pegawaicukaimintarasuahdapatular/Article
 
mmg patut laaa pun kena camni....hampeh punya pegawai cukai tu....penat lelah org lain dia senang2 saja nak hasilnya....ni laaa yg buat rosak segalanya
 
UMNO lebih kurang camtu la... Tapi UMNO lagi hebat...
 
LUCKNOW:
Polis masih menjejaki petani itu yang dikenali sebagai Hukkul Khan dan Ramkul Ram.
Ini lebih kureng dgn Negara yg murah berbanding tulah.
Punca masalah dibiarkan,sibuk siasat kes terbitan baru dari masalah tu.:D:D
 
Kalau buat kat malaysia alamat teruk la petani kena penjara... sebab pegawainya terlampau dilindungi...
 
kalau aku, puas hati ati dpt kenakan pegawai camtu.

lame tensen kalau asyik nak rasuah je.:mad::mad:
 
Kalau pegawai cukai tu kena patuk sekali pun lagi bagus :))
 
india nie..
kt malaysia klu wat cmni pon bagus gk..
 
patut bg rimau trus...biar mati org gini,....kt malaysia ni pn ramai...
 
Back
Top
Log in Register