BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai Ciast dijel

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
Pegawai Ciast dijel
Wartawan Sinar Harian
7 Jun 2012
image.jpg

Hasnusi (kiri) ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

SHAH ALAM – Seorang pegawai latihan vokasional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, akibat menerima rasuah RM3,370, tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Hasnusi Hasim, 34, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes itu.

M Bakri pada penghakimannya berkata, mahkamah tidak bertolak ansur dengan jenayah rasuah, malah hukuman yang berat menandakan betapa mahkamah memandang serius perkara itu.

“Mahkamah juga mengambil kira bahawa kamu, yang melakukan kesalahan itu pada pertama kali diberi tugas mengendalikan pembelian barangan syarikat.

“Ia menunjukkan kamu mengambil apa saja peluang untuk mendapatkan rasuah,” katanya.

Muhamad Hasnusi yang bertugas di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (Ciast) didapati bersalah memperoleh rasuah RM3,370 daripada Mohamad Syafiq Mahali menerusi akaun bank milik Ewa Garage Enterprise.

Rasuah itu diterimanya sebagai dorongan untuk tidak membatalkan barangan tambahan dan penukaran barangan Syarikat Global Frequencies Media bagi kerja-kerja membekal bahan.

Dia melakukan kesalahan itu di Kompleks PKNS Shah Alam pada jam 3.26 petang, 28 April tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahamad Sukri Abu Seman manakala tertuduh diwakili peguam Rabindran Devadasan.
 
ikan bilis je yg slalu kena... ikan jerung terlepas camtu jer.
 
khir toyo rasuah juta2 penjara setaun je?

yg ni rasuah 3k je kena jel 3 taun?denda 20k?
 
ini kerja goverment elok-elok.. dah gitu pula.
 
kes ikan bilis jer tunjuk garang... poyo betul sprm..
 
pengajaran pada yang lain..
 
kah3... rm3 ribu kena penjara 3 tahun.. khir toyo main juta2 kena setahun.... tak berbaloi sungguh..
 
khir toyo rasuah juta2 penjara setaun je?

yg ni rasuah 3k je kena jel 3 taun?denda 20k?

biasa la tu..orang kecik2 je kena teruk..org besar2 buat pandang sebelah mata je..dasar Kerajaan..SPRM pun bawah kerajaan nak buat mcmana..
 
ang bt malu jabatan tenaga manusia,majikan ang dan uncle kementerian sumber manusia..
 
Back
Top
Log in Register